KESEDARAN KESIHATAN MENTAL ERA PANDEMIK COVID-19

Pada 28 Feb 2022 bersamaan 26 REJAB 1443H telah berlangsungnya satu program secara atas talian iaitu program Kesedaran Kesihatan Mental Era Pandemik Covid-19 yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling, PTNC (HEPA) Dan Pejabat Pengarah Besut dengan kerjasama Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (PMFIK) 21/22. Penglibatan program ini adalah terbuka kepada semua termasuk orang awam. Menggunakan medium Webex dan FB Live, program ini berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama penceramah, Dr Mohd Hafiz bin Norzan yang merupakan Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur.

Antara topik yang ditengahkan dalam program ini ialah ‘Anxiety Normal Vs Anxiety Abnormal’ dan ‘Anxiety Menyerang! Bagaimana Mencegah atau Merawatnya?’. Kandungan-kandungan kedua topik ini memberi pengetahuan kepada pelajar dan peserta tentang anxiety secara umum serta pendedahan bagaimana ia boleh dicegah dan dirawat apabila penyakit ini menyerang.

Keberkesanan program dapat diukur melalui jumlah peserta melalui medium Webex dan FB Live serta penilaian melalui Google Form penilaian di akhir program. Selain itu, kami juga menggunakan kemudahan Telegram bagi berinteraksi dengan para peserta. Kemudahan ini juga kami berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta dalam satu group. Manakala bagi penilaian sejauh mana kehadiran perserta dapat dinilai melalui Google Form kehadiran yang diminta diisi pada awal program.

Secara keseluruhannya program Kesedaran Kesihatan Mental Era Pandemik Covid-19 berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran peserta kekal sepanjang program iaitu seramai lebih 200. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dengan sebaiknya tentang anxiety dan dapat menemui penyelesaian dan merawat masalah penyakit ini. Penghargaan terima kasih juga kepada Unit Kaunseling dan Pejabat Pengarah Besut yang menganjurkan program ini dengan kerjasama Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (PMFIK) 21/22. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan orang awam diluar sana.

Picture1

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin