CREATE YOUR PERSONAL BRANDING

Program Bengkel Keusahawanan  “Create Your Personal Branding” ini adalah program yang dijalankan pada 2 April 2021 bersamaan 30 Sya’ban 1443H bertempat di Entre@Lab UniSZA Digital Hub, Fakulti Inforrmatik & Komputeran, UniSZA Kampus Besut. Program ini dianjurkan oleh exco Ekonomi & Keusahawanan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Seramai 17 orang peserta yang menyertai program ini. Bengkel ini disampaikan oleh tenaga pengajar iaitu En Ahmad Burhan Sidqi bin A Rahim yang merupakan Pengarah Akademi Orator Al-Fateh.

Terdapat tiga slot yang dijalankan dalam program ini. Slot 1 (What is “Personal Branding”) bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, menekankan kepada para peserta apa itu “Personal Branding”. Slot 2 (Basic to build Personal Branding) bermula jam 12.00 tengahari hingga 1.30 tengahari, menekankan bagaimana membina atau mengenalpasti “Personal Branding” dalam diri masing-masing. Slot 3 (Latihan Dalam Kumpulan) bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang, peserta diminta berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan perlu menghasilkan kesimpulan dan input yang merangkumi setiap pengisian yang ada pada program ini. Sebagai penutup, sesi fotografi bersama para peserta dan tenaga pengajar turut dijalankan.

Secara keseluruhannya program Bengkel Keusahawanan “Create Your Personal Branding” berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat apabila mendapat sambutan yang baik dari para peserta. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta dengan sebaiknya tentang “Personal Branding” dalam bidang keusahawanan. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatruan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran(PMFIK) sesi 21/22 dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni kerana telah menganjurkan program sebegini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa UniSZA berkaitan keusahawanan.

udh1

udh2

udh3

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin