23 April 2022 – Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) telah menganjurkan Program UniSZA Olympiad yang merupakan satu pertandingan kuiz dimana soalan-soalan daripada Olympiad sebenar digabunggkan dalam bentuk Quizizz.
Program UniSZA Olympiad telah berlangsung melalui dua slot iaitu pada sebelah pagi dan petang. Program ini merupakan versi pertama untuk semester II sesi 21/22. Antara objektif utama program ialah memupuk penaakulan saintifik dan keupayaan logik dalam kalangan mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin secara permisif. Selain itu, program ini membantu mahasiswa/i untuk menilai pengetahuan mengenai konsep siber, bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa Inggeris serta memupuk minat dalam Pengetahuan Am dan hal ehwal semasa.
Program pada sebelah pagi dimulakan dengan hebahan kod permainan Quizizz kepada para peserta melalui WhatsApp pada jam 8:45 pagi. Pertandingan kuiz yang bermula dari jam 9:00 pagi dan berakhir jam 10:00 pagi itu telah dihadiri kira kira 37 orang pelajar. Senarai nama pemenang-pemenang seterusnya dihantar ke AJK Media untuk majlis penutupan.
Program diteruskan lagi dengan majlis penutupan UniSZA Olympiad pada sebelah petang. Majlis ini disertai oleh dua tetamu jemputan - Prof. Madya Dr. Zahrahtul Amani binti Zakaria, selaku wakil dekan Fakulti Informatik & Komputeran dan yang turut menghadiri majlis, Dr. Hasni binti Hassan. Ucapan penutupan Program UniSZA Olympiad telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zahrahtul Amani binti Zakaria dan disertai dengan perkongsian mengenai pengalaman beliau sepanjang bergelar pelajar.
Pemenang-pemenang bagi pertandingan Quizizz juga telah disampaikan yang merangkumi saguhati seramai 5 orang peserta, tempat ketiga, naib johan dan johan. Majlis penutupan ini berakhir dengan sesi bergambar oleh semua peserta, urusetia dan juga para tetamu jemputan majlis.