PROGRAM CAHAYA RAMADAN BERSAMA FIK 2022

 

NAMA PROGRAM: PROGRAM CAHAYA RAMADAN BERSAMA FIK 2022

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

TARIKH: 3 APRIL SEHINGGA 20 APRIL 2022

MEDIUM: ATAS TALIAN DAN BERSEMUKA

 

 

Pada tanggal 3 April 2022 bersamaan 1 RAMADAN 1443H, telah dilancarkan Program Cahaya Ramadan bersama FIK 2022 oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Program ini berlangsung selama hampir sebulan dari tanggal 3 sehingga 20 April 2022. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh program berlangsung. Program ini mempunyai sebanyak lapan sub program yang dilaksanakan secara atas talian dan bersemuka.

 

Sub program pertama yang dijalankan adalah Tadarus Al-Quran FIK pada 2 April sehingga 19 April 2022 dimana setiap pelajar dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) yang beragama Islam dibahagikan sebanyak satu juzuk seorang untuk bertadarus bersama-sama dengan pelajar lain. Tambahan pula Program 1 Day 1 Tazkirah Ramadan juga diadakan pada hari yang sama dimana PMFIK membuka ruang kepada semua pelajar untuk memberikan satu tazkirah ringkas dalam bentuk ayat atau poster dan akan dimuat naik ke dalam laman media sosial Instagram rasmi PMFIK. Serta diikuti dengan Program Infaq Cahaya Ramadan, program ini bertujuan untuk mengumpul sumbangan ikhlas infaq yang akan digunakan bagi menyediakan juadah Iftar sempena Program Iftar Jamaie kepada para pelajar FIK dan diberikan satu atau dua kali seminggu serta untuk pengurusan PMFIK.

 

Seterusnya, Program Cahaya Ramadan ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan Melukis Poster Digital yang berlangsung pada 9 April dan berakhir pada 18 April. Objektif pertandingan ini adalah untuk menyerlahkan lagi bakat para pelajar yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan medium digital. Seramai 3 orang pemenang yang terpilih berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai. Pihak PMFIK juga mengadakan Jualan Bazar Ramadan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Biosumber dan Makanan (PMFBIM) yang bertempat di Foyer Fakulti  Biosumber dan Makanan. Jualan ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelajar dari UniSZA Kampus Besut sendiri yang datang dan membeli juadah serta minuman untuk berbuka puasa.

 

Pada tanggal 20 April 2022, telah berlangsungnya subprogram yang terakhir iaitu Majlis Khatam Al-Quran bagi juzuk 30 oleh para Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran yang bertempat di Auditorium UniSZA Kampus Besut yang dihadiri seramai 112 orang. Pada masa yang sama, turut berlangsungnya Majlis Penutupan Program Cahaya Ramadan Bersama FIK 2022 yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan(HEPA) FIK,UniSZA Kampus Besut, Dr Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris diiringi oleh Encik Wan Marisa bin Wan Mohd Nor. Disertakan juga dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang poster dan program Pemberian Duit Raya kepada 30 pelajar Fakulti Informatik & Komputeran yang memerlukan. 

Secara keseluruhannya Program Cahaya Ramadan bersama FIK 2022 berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat apabila penyertaan yang memberangsangkan serta kerjasama daripada para pelajar dan pelbagai pihak bagi menjayakan program ini. Seterusnya, harapan agar program ini dapat menghidupkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang dapat mendekatkan diri dengan Tuhan serta merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama umat Islam di Kampus Besut. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 kerana telah menganjurkan program sebegini serta dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi memeriahkan lagi serta mewarnai Bulan Ramadan pada tahun hadapan. Jutaan terima kasih kepada Dr Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris, Timbalan Dekan (HEPA) FIK, UniSZA Kampus Besut, semua pegawai dan mahasiswa/i yang terlibat serta syabas kepada semua peserta yang sudi memeriahkan Program Cahaya Ramadhan Bersama FIK 2022.

 

 

 

PROGRAM AGIHAN MAKANAN IFTAR JAMAIE

 

 

Agihan makanan Iftar kali pertama

 

Agihan makanan Iftar kali kedua

 

Agihan Iftar kali ketiga

 

 

Agihan Iftar kali keempat

 

 

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CAHAYA RAMADAN BERSAMA FIK 2022

 

Pendaftaran pelajar yang menghadiri Majlis

 

 

Bacaan Khatam Al-Quran daripada setiap wakil kelas.

 

Ucapan perasmian penutup Program Cahaya Ramadan Bersama FIK daripada Dr Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris, Timbalan Dekan (HEPA) FIK, UniSZA Kampus Besut.

 

Pemberian duit raya kepada pelajar FIK yang memerlukan.

 

Sesi bergambar bersama Timbalan Dekan (HEPA) FIK, UniSZA Kampus Besut dan pelajar FIK.

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin