SUMBANGAN KEPADA ALUMNI YANG MENGALAMI MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH

Pada tanggal 11 May 2022 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari Bin Mohd Rose, Dekan FIK dan Dr. Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris, Timbalan Dekan HEPA FIK telah bersama-sama melawat mangsa rumah kebakaran yang berlaku kepada Alumni FIK, Saudari Nurul Nadia Nabilah Binti Mohd Mazlan. Nurul Nadia Nabilah merupakan bekas pelajar Diploma Teknologi Maklumat Multimedia batch 2018-2020 di FIK, UniSZA dan tinggal di Lot 214 B, Kg Laklok, 18500, Machang, Kelantan.
 
Kutipan sumbangan telah disebarkan kepada kakitangan FIK, kakitangan UniSZA dan juga orang awam oleh PMFIK melalui pelbagai platform media massa seperti aplikasi whatsapp, instagram, facebook dan juga laman web bermula 23 April 2022. Hasil kutipan derma dari orang ramai diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu Alumni dan keluarganya bagi meringankan beban mereka.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang terutama warga FIK, warga UniSZA dan orang awam atas sumbangan yang dihulurkan. 
 
Sekian,Terima Kasih 
 
TRUSTED.FAST.FORWARD
 
Ikuti berita dan makluman hebahan kami di laman sosial:
 
Facebook: Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Informatik Komputeran - PMFIK
Instagram: pmfikunisza
Twitter: twt_pmfik
Laman Web: fik.unisza.edu.my      

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin