PROGRAM ETHICAL GLORY WITH COMMUNITY

NAMA PROGRAM: ETHICAL GLORY WITH COMMUNITY

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PTNC (HEPA) DENGAN KERJASAMA ADUN JERTEH, ADUN HULU BESUT, PENYELARAS PROGRAM SULAM DAN KHIDMAT KOMUNITI, INSTITUSI PENYELIDIKAN PRODUK DAN KETAMADUNAN MELAYU ISLAM (INSPIRE), SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU PERHENTIAN, JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KESELAMATAN KAMPUNG PULAU PERHENTIAN KECIL, BALAI POLIS PULAU PERHENTIAN, PENGUSAHA INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA, PUSAT KERJAYA, TEKNOUSAHAWAN DAN JARINGAN PINTAR (PAKAT UNISZA), PUSAT ISLAM UNISZA DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

                                                                                                                                              

TARIKH: 20 & 21 MEI 2022

TEMPAT: PULAU PERHENTIAN KECIL

 

ethical glory.jpg

 

Pada 20 dan 21 Mei 2022 bersamaan 19 dan 20 SYAWAL 1443 H telah berlangsungnya satu program di Pulau Perhentian iaitu program Ethical Glory with Community yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan dengan kerjasama ADUN Jerteh YB. Dato’ Hj. Muhammad Pehimi Bin Yusof, ADUN Hulu Besut YB. Datuk Nawi bin Mohamad, penyelaras Program SULAM dan Khidmat Komuniti, Institusi Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Pulau Perhentian Kecil, Balai Polis Pulau Perhentian, Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana, Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT UniSZA), Pusat ISLAM UniSZA dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Penglibatan program ini adalah seramai 207 terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet, Pembangunan Perisian, Keselamatan Rangkaian Komputer) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media). Antara aktiviti yang dijalankan di Pulau Perhentian adalah hiking, aktiviti air, dokumentari, aktiviti daripada mahasiswa dan mahasiswi UniSZA serta aktiviti khidmat komuniti.

Majlis Penutup bagi Program SULAM dan Khidmat Komuniti berlangsung pada 21 Mei 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Kecil. Program ini berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Bin Yusoff @ Che Abdullah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari Bin Mohd Rose Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA, Prof Madya Dr. Fatima Susilawati Binti Mohammad Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Cikgu Asmawadi bin Hussain Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Kecil, Tuan Sarjan Ariffin Bin Seman Ketua Balai Polis Pulau Perhentian merangkap pegawai perhubungan Sekolah Pulau Perhentian, Dr. Hasni Binti Hassan Penyelaras Program SULAM dan khidmat Komuniti, Dr Muhammad Rizhan Bin Wan Idris Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Puan Iliyanie Binti Mustapa Wakil Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT UniSZA), Pusat ISLAM UniSZA, Pensyarah-pensyarah dan mahasiswa dan mahasiswi UniSZA.

Secara keseluruhannya program Ethical Glory with Community ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 207 mahasiswa dan mahasiswi UniSZA dan juga 105 pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti luar kelas dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memperkenalkan UniSZA secara umumnya kepada masyarakat luar melalui aktiviti bersama FIK, INSPIRE, Pusat ISLAM dan PAKAT seterusnya memberi peluang kepada para pelajar untuk menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti SULAM yang berasaskan “knowledge transfer” dan “experiential education” (pembelajaran berasaskan pengalaman) serta kepada kakitangan UniSZA untuk memberi khidmat masyarakat secara langsung dan dapat membantu membentuk kebertanggungjawaban sosial serta pelaksanaan etika secara profesional dalam melaksanakan tugas bersama komuniti. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan aktiviti komuniti di masa akan datang.

 

Lampiran 1

1.jpg

2.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

8.jpg

9.jpg

10.jpg

11.jpg

12.jpg

13.jpg

14.jpg

15.jpg

16.jpg

17.jpg

18.jpg

19.jpg

20.jpg

21.jpg

22.jpg

23.jpg

24.jpg

25.jpg

26.jpg

27.jpg

28.jpg

29 (Large).jpg

30.jpg

31.jpg

32.jpg

33.jpg

34.jpg

35.jpg

36.jpg

 

37.jpg

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin