ENGLISH TALK WEEK 3

 

PROGRAM NAME   : ENGLISH TALK WEEK (WEEK 3)

ORGANIZE               : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

DATE                         : 21 APRIL 2022 (TUESDAY)

MEDIUM                   : UniSZA KAMPUS BESUT STUDENT HALL

          

 

 

Program English Talk Week 3 dijalankan selama sehari pada 21 April 2022, iaitu pada hari Ahad secara bersemuka di Student Hall UniSZA Kampus Besut. Program berkala ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Program English Day pada petang ini merupakan versi kedua untuk semester ii sesi 21/22. Antara objektif utama program ialah memberi peluang kepada pelajar FIK untuk menonjolkan bakat dan mengasah pertuturan mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, program ini membantu pelajar FIK dari segi kemahiran insaniah supaya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan yakin dan lancar.

Program bermula jam 5:00 petang dengan menunggu kehadiran peserta dan penonton di Student Hall UniSZA Kampus Besut. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan mesra dan kata aluan daripada moderator iaitu Nur Aziehana yang merupakan Exco Kerohanian dan Kebajikan PMFIK 21/22. Selepas itu, sesi english corner speaking dimulakan. Seorang orang pelajar yang telah memberikan hujahan mereka mengikut topik yang disediakan iaitu “Traditional Game Vs. E-Sports Game”. Beliau memberikan input dan dan berkongsi pengalaman yang bermanfaat untuk para pendengar yang menyertainya.

Selepas itu, program diteruskan dengan aktiviti permainan “Broken Radio” yang dikendalikan oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan PMFIK 21/22 diketuai oleh Nur Aziehana. Permainan ini mendapat sambutan baik oleh sebanyak sepuluh orang penonton. Mereka kelihatan sangat fasih berbahasa inggeris dan sering berbalas fakta dan pendapat antara mereka. Program ini ditamatkan dengan sesi bergambar pada masa yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, program “English Talk Week 3” berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta dan penonton.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin