ENGLISH TALK WEEK 4

PROGRAM NAME    : ENGLISH TALK WEEK (WEEK 4)

ORGANIZE                : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

DATE                         : 18 MAY 2022 (WEDNESDAY)

MEDIUM                    : UniSZA KAMPUS BESUT STUDENT HALL

 

 

Program English Talk Week 4 dijalankan selama sehari pada 18 May 2022, iaitu pada hari Rabu secara bersemuka di Student Hall UniSZA Kampus Besut. Program berkala ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Program English Talk pada petang ini merupakan versi kedua untuk semester II sesi 21/22. Antara objektif utama program ialah memberi peluang kepada pelajar FIK untuk menonjolkan bakat dan mengasah pertuturan mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, program ini membantu pelajar FIK dari segi kemahiran insaniah supaya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan yakin dan lancar.

Program bermula pada jam 5.00 petang dengan menunggu kehadiran peserta dan penonton di Student Hall. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan mesra dan kata aluan daripada moderator iaitu Prakaash yang merupakan Exco Sains, Teknologi & Inovasi PMFIK 21/22. Selepas itu, sesi English Corner Speaking dimulakan. Dua orang pelajar telah memberikan hujahan mereka mengikut topik yang ditetapkan iaitu “Your Experience During Eid Mubarak”. Mereka memberikan input dan fakta yang menarik serta bermanfaat untuk para pelajar yang menjadi penonton.

Selepas itu, program diteruskan dengan aktiviti permainan “Descriptive Drawing” yang dikendalikan oleh Exco Ekonomi & Keusahawanan PMFIK 21/22 diketuai oleh Nik Nur Auni. Permainan ini mendapat sambutan yang baik daripada sepuluh orang peserta. Para peserta kelihatan sangat tekun dalam mencari perkataan tersembunyi secara berpasangan. Program diteruskan lagi dengan permainan kedua iaitu “Rolling Bottle” di mana, peserta harus menggerakkan botol mineral ke arah hadiah-hadiah yang telah ditetapkan atas lantai. Peserta dikira sebagai pemenang jika dapat hentikan pergerakkan botol tersebut dengan tepat.

Program ini ditamatkan dengan sesi bergambar setelah segala soalan selesai dijawab. Secara keseluruhannya, program “English Talk Week 4” ini berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan masa yang diperuntukkan. Program ini juga telah mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan penonton yang menghadirkan diri.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin