PERTANDINGAN MEREKA CORAK T-SHIRT FIK 2022

 NAMA PROGRAM.   :   PERTANDINGAN MEREKA CORAK T-SHIRT FIK 2022 

ANJURAN.                :   PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA)

TARIKH.                    :   28 MEI 2022

MEDIUM.                  :   GOOGLE FORM

TEMPAT.                    :  ATAS TALIAN

 

Pada 28 Mei 2022 bersamaan 26 Syawal 1443H telah bermulanya Pertandingan Mereka Corak T-Shirt FIK 2022 yang berlangsung secara atas talian melalui platform Google Form yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehawal Pelajar Alumni. Penglibatan pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni fakulti informatik dan komputeran.

Menggunakan platform Google Form pada 28 Mei, pendaftaran mula dibuka bagi pertandingan ini. Pada tanggal 14 Mei link pendaftaran bagi peserta dibuka selama 2 minggu sehingga 28 Mei. Selepas pendaftaran, para peserta boleh memulakan untuk mereka corak t-shirt tersebut. Pada 28 Mei juga, merupakan tarikh akhir bagi para peserta menghantar hasil mereka. Tempoh 2 hari diberikan kepada para juri yang dibarisi oleh ahli PMFIK sendiri sehingga 30 Mei untuk menilai hasil karya para peserta. Seterusnya, pada tanggal 1 Jun pemenang diumumkan melalui hebahan di aplikasi Telegram dan aplikasi Instagram rasmi PMFIK.

Secara keseluruhannya, pertandingan mereka corak t-shirt fik 2022 berjalan dengan lancar.Selain itu, harapan bagi pertandingan ini untuk membuka peluang kepada  mahasiswa/I FIK untuk menonjol bakat mereka corak t-shirt dapat dilihat. Seterusnya, pemenang bagi pertandingan ini coraknya akan dipilih bagi dijadikan corak baju FIK bagi sesi 2021/2022 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penghargaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni) atas sokongan bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga pertandingan seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang dan membuka peluang kepada mahasiswa/I bagi menonjolkan bakat mahasiswa/I FIK.

 
  2.jpg

 

tshirt.jpg4.png  

Berikut merupakan antara 3 corak t-shirt FIK yang menjadi pilihan dan memenangi pertandingan ini dengan undian dan penilaian juri. Disusun dari paling kiri,merupakan baju yang mendapat undian tertinggi dan menjadi juara bagi pertandingan ini. Diikuti diesebelah kanannya, merupakan corak yang mendapat tempat naib juara dan diikuti lagi sebelahnya tempat ketiga.