TEAM BUILDING STAF PENTADBIRAN 2022

PROGRAM TEAM BUILDING STAF PENTADBIRAN FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN(FIK) UniSZA 2022

 

29 Jun 2022 – Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut telah mengadakan Program Team Building Staf Pentadbiran  Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) bertempat di Al-Khwarizmi Lounge, FIK.

Program ini telah disertai oleh semua staf pentadbiran dan staf teknikal FIK. Penceramah jemputan ialah YBrs. Encik Ahmad Termizi Ab Aziz, Timbalan Pengarah, Penarafan dan Perancangan Strategik, Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti(SPAQM), UniSZA Kampus Gong Badak.

Pengisian program terbahagi kepada dua sesi iaitu Analisa Kendiri dan Membina & Mengukuhkan Pasukan. Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan dalam setiap sesi untuk memberi peluang kepada semua peserta melibatkan diri dalam program tersebut.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan, mewujudkan kerjasama yang harmoni diantara rakan sekerja dan mengukuhkan jatidiri dan sifat kepunyaan dikalangan staf pentadbiran.

 

#FIKDIHATI