PROGRAM IT4U 2022

 

17 – 18 Jun 2022 – Fakulti Informatik dan Komputeran & Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(HEPA), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Program IT4U selama 2 hari bertempat di Fakulti Informatik dan Komputeran.

Program IT4U UniSZA Kampus Besut ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bertujuan untuk memberi pendedahan dan inspirasi kepada komuniti luar yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah menengah yang terpilih untuk mempelajari ilmu terhadap ICT (Information & Communication Technology). Program ini juga dapat mengasah kemahiran guru dan pelajar sekolah menengah dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 

Program ini terbahagi kepada 3 bengkel iaitu Internet Of Things (MAKER UNO), 

Aplikasi Interaktif (Adobe Animate) dan Image & Video Editing. Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Besut dan Setiu seramai 80 orang dan guru-guru seramai 20 orang. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr Mokhairi Makhtar, Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT) mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni(HEPA). Turut hadir Prof. Madya. Dr. Ahmad Nazari Mohd Rose, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran.

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin