PROGRAM BESUT NEON RUN

 

NAMA PROGRAM: BESUT NEON RUN 2022

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

TEMPAT: SEKITAR KAMPUS BESUT & DEWAN SUKAN DAN REKREASI

 

 

Program Besut Neon Run telah berlangsung pada hari sabtu 23 Jun 2022. Program ini dianjurkan oleh Exco Sukan dan Rekreasi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi bagi mahasiswa/I untuk menyertai program sukan. Selain itu, menimbulkan kesedaran dari aspek pentingnya sukan bagi sebuah kejayaan . Di samping itu, galakan berlakunya transformasi diri dalam diri mahasiswa/i menjadi lebih cerdas yang juga dapat membantu mereka untuk menjadi lebih fokus dalam akademik.

Program ini bermula pada jam 8 malam. Pertama sekali Sesi Senamrobik telah dilaksanakan agar ia menjadi ‘ warm-up’ untuk para mahasiswa/i sebelum larian bermula . Seterusnya pada jam 8.30 larian telah bermula di hadapan Dewan Sukan dan Rekreasi yang telah dirasmikan oleh Pembantu Penasihat PMFIK iaitu En. Wan Marissa. Kemudian, pada jam 10.30 sesi pemberian hadiah untuk para pemenang dan cabutan bertuah telah dibuat. Pada jam 11 malam tepat majlis telah tamat.

Maklum balas para peserta yang terlibat dengan program ini, sangat berpuas hati. Semua peserta dapat meluangkan masa mereka untuk bersukan dan megeratkan silaturahim antara mahasiswa/i lain. Saya berharap agar program ini dijalankan lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

LAMPIRAN

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin