PROGRAM IT4U 2022 : Image and Video Editing

 

NAMA PROGRAM

     

: IT4U 2022: Image and Video Editing

ANJURAN

     

: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

DENGAN KERJASAMA

     

: PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)

  PUSAT KERJAYA, TEKNOUSAHAWAN DAN JARINGAN PINTAR (PaKaT)

  JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU (JPNT)

  AHLI PARLIMEN JERTEH

 

TARIKH

     

:18 JUN 2022

TEMPAT

     

: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

 

1.1.png

2.1.png

 

Pada tanggal 18 Jun 2022 iaitu hari Sabtu, telah berlangsungnya Program IT4U 2022: Image and Video Editing oleh Fakulti Informatik dan Komputeran Bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Kerjaya, Teknousahawan, dan Jaringan Pintar (PaKaT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Bagi melancarkan lagi program ini, dua orang pensyarah dari Fakulti Informatik dan Komputeran telah dilantik untuk berkongsi ilmu bersama para peserta yang hadir selama bengkel berlangsung iaitu En. Mohd Sufian bin Mat Deris dan Puan Normala binti Rahim. Terdapat 3 slot sepanjang program ini berlangsung, ketiga-tiga slot tersebut dilaksanakan secara bersemuka di Fakulti Informatik dan Komputeran.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi, dan dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta yang hadir dari sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar negeri Terengganu yang terpilih. Pendaftaran para peserta telah diadakan di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran. Terdapat 19 orang guru dari 15 buah sekolah dari sekitar negeri Terengganu yang mendaftar bagi menyertai bengkel Image and Video Editing ini. Antara sekolah yang telah menghantar peserta adalah SMK Tengku Ibrahim, SMK Penarek, SMS Setiu, SMK Putera Jaya, SMK Chalok, SMK Sungai Tong, SMK Kompleks Tembesu, SMA Setiu, SMK Ibrahim Fitri, SMK Batu Rakit, SK Benting Lintang, SK Pengkalan Nyireh, SMK Lembah Bidong, SMK Agama Wataniah dan SMK Tembila.

Program IT4U 2022: Image and Video Editing ini dimulakan dengan slot pertama iaitu

pengenalan kepada beberapa jenis camera shots oleh En. Mohd Sufian bin Mat Deris dan dibantu oleh Puan Normala binti Rahim. Bagi bahan rujukan oleh para peserta, mereka diberikan beberapa buah modul untuk dijadikan rujukan sepanjang bengkel berlangsung. Selain itu, para peserta juga diberikan pendedahan mengenai cara mengambil gambar serta merakam video menggunakan aplikasi Kinemaster melalui telefon pintar masing-masing. Bagi lebih memahami perkara yang diajar, mereka juga diberikan beberapa tutorial untuk dipraktikkan secara individu dibantu oleh 4 orang fasilitator yang dilantik sambil dipantau oleh dua orang tenaga pengajar tersebut. Sepanjang slot pertama berlangsung, para peserta amat aktif dan masing-masing ingin menunjukkan kebolehan mereka dalam mengedit gambar serta video.

Seterusnya, slot 2 bermula pada pukul 10.30 pagi. Slot 2 merupakan slot pertandingan di mana kesemua peserta perlu menangkap gambar objek atau pemandangan dan mengedit gambar tersebut menggunakan apa yang di ajar di slot pertama tadi. Sebelum pertandingan bermula, fasilitator memberi arahan serta panduan kepada para peserta untuk memenangi pertandingan ini. Para peserta dibolehkan untuk pergi ke sekitar fakulti untuk mendapatkan pemandangan yang menarik ataupun objek yang menarik untuk dijadikan bahan bagi pertandingan tersebut. Kesemua peserta mestilah menggunakan aplikasi Kinemaster untuk mengedit gambar, terdapat juga fasilitator yang sedia untuk membantu peserta jika mereka memerlukan pertolongan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana para peserta memahami apa yang diajar oleh kedua tenaga pengajar yang telah dilantik oleh fakulti. Para peserta dikehendaki menghantar hasil idea mereka di google drive yang disediakan untuk slot penjurian di slot 3, dan mereka mestilah menghantar hasil tangan mereka sebelum rehat.

            Akhir sekali, slot yang ketiga di mana kedua-dua tenaga pengajar perlu menjadi juri kepada setiap hasil tangan peserta. Slot ini dimulakan pada pukul 2.30 petang. Semasa slot ini diadakan, para peserta bolehlah sambung belajar mengikut modul yang diberikan dengan bantuan fasilitator. Kesemua para peserta memberikan fokus dengan sepenuhnya walaupun rata-rata daripada peserta merupakan guru subjek sains komputer dari sekolah masing-masing, mereka juga membantu antara mereka jika ada yang tidak faham. Untuk mengetahui siapa yang akan mendapat tempat pertama, kedua serta ketiga para juri mengambil masa selama saru jam untuk membuat keputusan. Setelah sejam, mereka sudah sebulat suara dengan keputusan mereka. Keputusan pertandingan tersebut akan diberi tahu ketika majlis penutup. Bagi mengakhiri slot yang terakhir, para peserta serta tenaga pengajar bersama fasilitator mengambil gambar secara berkumpulan untuk dijadikan kenangan.

           

Majlis Perasmian Penutup IT4U 2022 telah berlangsung pada jam 4.00 petang dan telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar, Pengarah, Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), UniSZA. Kemudian, diikuti dengan sesi penyampaian cenderahati, hadiah dan cabutan bertuah kepada penceramah dan para peserta yang hadir.

             

Secara keseluruhannya Program IT4U 2022: Image and Video Editing berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat apabila peserta berterima kasih kepada penganjur serta pensyarah-pensyarah kerana memilih sekolah mereka untuk menyertai pogram ini. Seterusnya, harapan agar program ini dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan memberikan pendedahan kepada komuniti luar mengenai bidang kerjaya teknologi maklumat dan komunikasi serta melahirkan generasi baharu yang celik IT dalam penggunaan teknologi maklumat. Penghargaan terima kasih juga kepada Fakulti Informatik dan Komputeran dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 2021/2022 kerana telah menganjurkan program sebegini serta dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Jutaan terima kasih kepada En. Mohd Sufian bin Mat Deris dan Puan Normala binti Rahim, pensyarah, Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut, sebagai penceramah jemputan yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada para peserta yang hadir ke program ini, serta syabas kepada semua peserta yang sudi menyertai Program IT4U 2022: Image and Video Editing

 

3.1.png

 

4.1.jpg

 

5.1.jpg

 

6.1.png

 

Gambar sepanjang ketiga-tiga slot berlangsung

7.1.png 

 

Gambar sepanjang ketiga-tiga slot berlangsung

8.1.png 

 

Sesi bergambar bersama penceramah serta peserta bengkel

               
  9.1.jpg   10.1.jpg
 
    11.1.jpg
      12.1.jpg
 

 

Majlis Perasmian Penutup

(Dirasmikan oleh :  Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar, Pengarah, Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT),  UniSZA.)

13.1.jpg                                     

                                                           

Peyampaian hadiah pemenang tempat pertama

14.1.jpg 

 

Penyampaian hadiah pemenang tempat kedua

15.1.jpg 

 

Penyampaian Hadiah pemenang tempat Ketiga

       
  16.1.jpg
    17.1.jpg
 

 

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

       
    19.1.jpg
  18.1.jpg
 

 

Sesi cabutan bertuah

20.1.jpg

Sesi bergambar bersama tetamu yang hadir

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin