PROGRAM IT4U 2022 : INTERNET OF THINGS (MAKER UNO)

 

NAMA PROGRAM     :           PROGRAM IT4U 2022 : INTERNET OF THINGS (MAKER UNO)

ANJURAN                   :           PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH                       :           17 - 18 JUN 2022

TEMPAT                      :           FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

1.3png.png

 

2.3.jpg 

Figure 2 Poster Program

 

Fakulti Informatik dan Komputeran dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran telah menjalankan Program IT4U 2022 : Internet of Things (Maker Uno) yang telah berlangsung bermula 17 hingga 18 Jun 2022 iaitu selama dua(2) hari dan satu(1) malam. Program ini merupakan program secara bersemuka serta telah melibatkan beberapa pensyarah, staf FIK, pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Besut serta pelajar yang mendaftar dalam subjek CSF22703 Internet of Things yang bertempat di Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut.

            Program IT4U 2022 : Internet of Things (Maker Uno) ini adalah merupakan program mentor mentee yang dimana para mentor adalah terdiri daripada kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) yang telah mendaftar dalam subjek CSF22703 Internet of Things. Mentor-mentor ini telah ditugaskan untuk membimbing dan memantau mentee mereka. Hal ini agar peserta dapat merasakan pengalaman dan suasana menjadi seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin.

            Program ini telah dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta daripada sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Besut seawall jam 8.00 pagi. Peserta-peserta ini juga telah dibekalkan sarapan yang berbentuk roti dan air kotak. Kemudian, peserta mula bergerak ke Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran untuk slot yang pertama iaitu sesi pengenalan Arduino dan diikuti dengan slot yang kedua. Sesi pagi telah diakhiri dengan pembahagian makanan tengah hari dan penyesuaian diri dengan bilik kediaman. Slot untuk sesi petang pula bermula tepat jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

            Setelah peserta selesai menghabiskan semua slot pada sesi petang, program ini telah disambung dengan aktiviti riadah dimana peserta bebas untuk melakukan apa sahaja dengan pemantauan mentor mereka tersendiri. Sebahagian peserta bersama mentornya telah memenuhkan dan mengisi masa mereka dengan bersukan yang antaranya adalah bola jaring dan futsal. Aktiviti ini telah mengeluarkan hasil yang sangat besar yang dimana hubungan diantara mentor dan mentee menjadi semakin mesra. Kemudian, pada sesi malam pula, para mentor dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran telah bekerjasama dalam menjalankan aktiviti Night Challenge. Aktiviti ini telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot Ice Breaking dan Treasure Hunt and Kahoot! Challenge. Aktiviti pada sesi malam bersurai pada jam 11.00 malam.

            Slot yang keempat dan kelima disambung pada hari kedua iaitu 18 Jun 2022. Slot ini merupakan slot yang dimana peserta dibahagikan kepada lapan(8) kumpulan dan setiap kumpulan ditugaskan untuk menghasilkan sebuah produk hasil daripada idea tersendiri dengan menggunakan set Arduino yang telah disediakan. Persediaan projek ini telah diberi sehingga jam 12.30 tengah hari. Slot ini diteruskan lagi dengan pembentangan projek mereka tersendiri kepada tiga orang juri jemputan iaitu Dr. Nor Aida binti Mahiddin, Dr. Azrul Amri bin Jamal dan Cik Nur Afiqah Solehah binti Mazlan.

            Pada tepat jam 4.00 petang, para peserta telah diarahkan untuk bergerak ke Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran bagi penyampaian hadiah kepada pemenang dan majlis penutup. Program IT4U 2022 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts Dr. Mokhairi bin Makhtar, Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) dengan diiringi oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran.

            Secara keseluruhannya, Program IT4U 2022 : Internet of Things (Maker Uno) telah berjalan dengan sangat lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat lagi apabila mendapat sambutan penyertaan yang memberangsangkan serta kerjasama daripada para mentor, urusetia dan pelbagai pihak bagi menjayakan program ini. Seterusnya, harapan agar program ini dapat membantu meningkatkan lagi semangat para mentee untuk melanjutkan lagi perjalanan pelajaran mereka kearah Intitusi Pengajian Tinggi (IPT). Penghargaan ribuan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 2022/2023 dan para sukarelawan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana telah menganjurkan program sebegini dengan kerjasama daripada banyak pihak yang antaranya adalah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan ahli parlimen Jerteh. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

HARI PERTAMA : 17 JUN 2022 (JUMAAT)

 

SLOT 1

       
  3.3.jpg   4.3.jpg

 

SLOT 2 & 3

       
  5.3.jpg   6.3.jpg

 

7.3.jpg

 

 

RIADAH PETANG

           
  8.3.jpg   9.3.jpg
 
    10.3.jpg

 

NIGHT CHALLENGE

       
    12.3.jpg
  11.3.jpg
 



HARI KEDUA : 18 JUN 2022 (SABTU)

SLOT 4 & 5

               
  13.2.jpg   14.3.jpg
 
    16.3.jpg
  15.3.jpg
 
 
    17.3.jpg   18.3.jpg
 

 

 

                 
    19.3.jpg   20.2.jpg
 
 
    21.3.jpg
      22.3.jpg
 
 
  24.3.jpg   25.3.jpg
 

 

 

MAJLIS PENUTUP

           
    27.3.jpg
  26.3.jpg
 
 
    29.3.jpg
  28.3.jpg
 
  30.3.jpg
    31.3.jpg

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin