PROGRAM MAJLIS MAKAN MALAM RAIKAN FIK PENUTUP SESI 2021/2022

 

NAMA PROGRAM                 : MAJLIS MAKAN MALAM RAIKAN FIK PENUTUP SESI 2021/2022

ANJURAN                              : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

DENGAN KERJASAMA         : PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH                                  : 24 JUN 2022 (JUMAAT)

TEMPAT                                 : HOTEL SERI MALAYSIA TERENGGANU

  

 

 GAM1

 

  

HOTEL SERI MALAYSIA, 24 JUN 2022 – telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Raikan FIK Penutup Sesi 2021/2022 anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA) serta Fakulti Informatik dan Komputeran Kampus Besut. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk menyatukan semua warga Fakulti Informatik dan Komputeran bersama-sama meraikan segala pencapaian yang diperoleh sepanjang sesi 2021/2022 khususnya kepada para pelajar tahun akhir yang bakal melalui fasa Latihan industri. Selain itu, melalui majlis ini juga memberi peluang kepada para pensyarah dan mahasiswa/i untuk mengeratkan lagi silaturahim. Majlis ini dijalankan bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam secara bersemuka.

Majlis ini dimulakan dengan ketibaan YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA pada jam 8.30 malam. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan para pensyarah seperti Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan

 

Idris TDHEPA FIK, Dr. Wan Suryani binti Wan Awang TDA FIK, Dr. Aznida Hayati Zakaria, Dr. Fatwa Susilawati, Ketua-ketua Pusat Pengajian Dr. Siti Sabariah Abas, Datin Dr. Azim Zaliha Abd Aziz dan lain-lain. Majlis diteruskan dengan sesi menjamu selera setelah semua peserta telah tiba pada majlis ini. Pengisian pertama majlis ini adalah ucapan aluan oleh YBrs. Dekan FIK. Dalam slot ini, YBrs. Dekan telah menyampaikan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinan-Nya majlis dapat diangsungkan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YBrs. Timbalan Dekan HEPA FIK dan juga Saudara Muhammad Ammar Norzan selaku Yang Dipertua PMFIK Sesi 2021/2022.

Majlis dihangatkan dengan slot persembahan nyanyian berkumpulan lelaki yang terdiri daripada Jawatankuasa dan Sekretariat PMFIK. Antara nyanyian yang dipersembahkan adalah lagu “Aku dan Dia” serta “Tentang Bulan” bagi mengimbau kembali kenangan persahabatan antara mahasiswa sepanjang sesi pembelajaran di UniSZA. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar tahun akhir Saudari Bendahari Kehormat MPP, Nur Nadirah Mohamad bagi mewakili seluruh warga mahasiswa tahun akhir menyampaikan rasa penghargaan atas jasa pengorbanan yang dicurahkan oleh para pensyarah FIK UniSZA.

Majlis disambung slot cabutan bertuah sesi 1. Melalui slot ini, seramai 6 peserta bertuah telah dipilih secara nombor rawak oleh YBrs. Dekan dan YBrs. TDHEPA. Antara hadiah cabutan bertuah termasuklah lampu belajar, jam dinding, jam tangan, set fon kepala, pengemop lantai, rak kasut dan sebagainya. Setelah selesainya slot ini, majlis diteruskan dengan penyampaian watikan pelantikan Jawatankuasa PMFIK Sesi 2021/2022 serta Sekretariat PMFIK 2021/2022 yang berjumlah seramai 50 mahasiswa aktif disampaikan oleh YBrs. Dekan FIK UniSZA. Tidak melupakan jasa Jawatankuasa PMFIK sesi lepas, majlis turut diselitkan dengan penyampaian sijil apresiasi kepada mereka.

Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan the 3Voices. Selanjutnya, majlis disambung dengan slot cabutan bertuah sesi 2 yang telah dimenangi oleh 8 peserta majlis ini. Sudah pasti di setiap majlis pasti aka nada raja dan ratunya, sebelum penutup, majlis diteruskan dengan pengumuman Anugerah Raja dan Ratu Majlis Makam Malam FIK yang dinobatkan kepada Saudara Anas Fathi dan Saudari Nur Aliyah Afifah Muhazir. Sebagai penutup majlis, para tetamu dipersembahkan dengan tayangan video montaj segala aktiviti serta pencapaian Fakulti Informatik dan Komputeran sepanjang sesi 2021/2022 dan seterusnya sesi bergambar.

Secara keseluruhannya, Majlis Makan Malam Raikan FIK Penutup Sesi 2021/2022 berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat disaksikan apabila mahasiswa/i dapat mengeratkan lagi hubungan bersama para pensyarah dan bermaaf-maafan serta bergambar. Sekalung penghargaan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA) juga Fakulti Informatik dan Komputeran atas sokongan yang diberikan. Semoga program ini memanfaatkan dan dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.

 

Lensa Sekitar Majlis Makan Malam Raikan FIK Penutup Sesi 2021/2022

 

2.jpg

 

 Tetamu yang terdiri daripada para pensyarah FIK

 

3.jpg

 

Slot Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa dan Sekretariat PMFIK Sesi 2021/2022

 

4.jpg

 

 5.jpg

 

Peserta sedang menjamu selera

 

6.jpg

Tetamu VIP sedang menjamu selera

 

7.jpg

 

Persembahan Nasyid 3Voices