PROGRAM KEM MUHIBBAH FIK SIRI DIPLOMA 2022/2023

Nama Program                      : Kem Muhibbah FIK Siri Diploma 2022/2023

Anjuran                                  : Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK)

Dengan Kerjasama                : Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)

Tarikh                                     : 19 & 20 Ogos 2022 (Jumaat & Sabtu)

Tempat                                   : UniSZA Kampus Besut

 

 

UniSZA KAMPUS BESUT, 19 & 20 Ogos 2022 – Program Kem Muhibbah FIK Siri Diploma 2022/2023 telah berlangsung yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini dijalankan dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada pelajar Diploma ambilan 2022/2023 tentang alam dan pembudayaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini termasuklah Majlis Ucaptama dan Pengenalan Pengurusan FIK, Slot Kenali PMFIK, Taklimat bersama D’Store Tembila, aktiviti-aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK), Keluang Hikning (Hiking and Cleaning) dan Jelajah Fakulti.

Pada pagi hari pertama program, para pelajar perlu berkumpul seawal jam 7.00 pagi untuk bergerak ke Blok D4 Fakulti Informatik dan Komputeran. Para pelajar berjalan secara dalam barisan dan dipantau oleh fasilitator. Ini merupakan aktiviti yang pertama iaitu Jejalah Kampus di mana melalui aktiviti ini pelajar dapat menghayati persekitaran Kampus Besut dengan santai bersama rakan-rakan. Setelah tiba di bangunan fakulti, tepat jam 8.00 pagi pelajar diteruskan dengan aktiviti senamrobik sehingga jam 8.30 pagi dan seterusnya pelajar diberikan rehat dan sarapan yang dibekalkan selama setengah jam. Program diteruskan dengan sesi Kenali PMFIK. Melalui sesi ini, barisan kepimpinan dapat memperkenalkan diri dan pelajar dapat memahami skop dan fungsi PMFIK. Setelah itu, program disambung dengan taklimat khas oleh wakil pengarah operasi D’Store Tembila, di mana slot ini penting bagi pelajar untuk sebarang urusan pembelian barang dan penerimaan barangan belian di Kampus Besut. Pada jam 9.45 pagi, program diteruskan dengan aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK1) dan (LDK2) yang diberi nama “Kuatkah Pengenalan Pertama Kita” dan “Menatang Gayong, Air Tak Tumpah, Kain Tak Basah”. Kedua-dua LDK ini memainkan peranan dalam membentuk pengenalan pelajar Diploma antara satu sama lain dan juga mencorak kerjasama dan persefahaman dalam kerja berkumpulan. Aktiviti terakhir pada hari tersebut dimulakan pada jam 12.00 tengah hari iaitu Jelajah Fakulti di mana fasilitator mengiringi kumpulan untuk memperkenalkan makmal-makmal dan bilik di fakulti serta fungsinya. Program tamat jam 12.30 tengah hari pada hari tersebut dan bersurai ke Masjid Taman Ilmu bagi pelajar lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

Pada pagi hari seterusnya, para pelajar diminta untuk berkumpul jam 6.45 pagi di tempat menunggu bas Asrama Taman Ilmu bagi lelaki dan Surau Ar-Raudhah bagi perempuan. Pada tepat jam 7.00 pagi, pelajar memulakan pergerakan dengan menaiki bas ke Bukit Keluang. Setibanya di sana, pelajar diturunkan di Kawasan parking bas dan pelajar bergerak secara kumpulan berbaris menuju ke kaki bukit. Sebelum mendaki naik, terdapat aktiviti memanaskan badan dan didedahkan dengan taklimat ringkas keselamatan Ketika mendaki bukit. Turut bersama, sokongan kecemasan daripada Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA untuk memantau keselamatan pelajar. Pelajar dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing dan diiringi oleh fasilitator sepanjang pendakian bukit. Pada jam 9.20 pagi, kesemua pelajar selesai pendakian dan semua pelajar diminta untuk berkumpul di kawasan lapang di depan pantai. Seterusnya, pelajar diberikan sarapan dan minuman serta rehat seketika untuk menghilangkan penat. Program disambung pada jam 10.30 pagi dengan aktiviti LDK3 dan LDK4 iaitu “Labah-labah Balik Rumah” dan permainan tradisional “Baling Selipar”. Melalui aktiviti ini, daya kreativiti dan daya tahan lasak pelajar diuji di samping melatih kemahiran menerima arahan. Pelajar diberikan masa untuk aktiviti kendiri serta solat dan makan tengah hari bermula jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang. Setelah pelajar berkumpul semula, program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran Pantai Keluang sehingga jam 3.00 petang. Seterusnya, pelajar diberikan masa untuk bergambar bersama rakan-rakan serta fasilitator dan seterusnya sesi bersama fasilitator sebagai penutup program. Pada jam 3.45 pelajar mula menaiki untuk pulang ke Kampus.

Secara keseluruhannya, program Kem Muhibbah FIK Siri Diploma 2022/2023 berjalan dengan lancar dan jayanya. Program ini berjaya memberi pelajar Diploma ambilan baharu tentang suasana dan pembudayaan UniSZA Kampus Besut. Melalui program ini, juga dapat disaksikan pelajar dapat lebih mengenali antara satu sama lain yang secara tidak langsung membentuk komunikasi. Pelajar juga didedahkan dengan keindahan bumi Besut dan nilai murni melalui aktiviti mendaki bukit dan pembersihan Pantai Bukit Keluang. Secara langsung, objektif program telah dicapai malah program ini dapat memupuk sifat holistik pelajar serta menerapkan nilai murni dalam peribadi pelajar. Sekalung penghargaan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan juga Fakulti Informatik dan Komputeran atas sokongan yang diberikan. Semoga program ini memanfaatkan dan dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.

 

Lampiran 1

 

GAMBAR PROGRAM

KEM MUHIBBAH FIK SIRI DIPLOMA 2022/2023

 

 

 

L1.jpg

 

 L3.jpg

L4.jpg

 

 

L5.jpg

 

L6.jpg

 L7.jpg

 

L8.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin