PROGRAM PMFIK X KPMIM ESPORTS COMPETITION

 

NAMA PROGRAM:

PMFIK X KPMIM ESPORTS COMPETITION

ANJURAN:

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) DAN

KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA (KPMIM).

TARIKH:

09 SEPTEMBER 2022

MEDIUM:

TEMPAT:

TIADA

DALAM TALIAN

 

 

Pada 09 September 2022 bersamaan 13 Safar 1444H, program PMFIK x KPMIM Esports Competition telah berlangsung secara dalam talian yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni dan Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM). Penglibatan pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni UniSZA dan KPMIM.

Pendaftaran bagi permainan PUBGM dan Valorant telah dibuka bagi pertandingan ini dengan menggunakan platform Google Form pada 02 September, 2022. Pada tanggal 07 September link pendaftaran bagi peserta ditutup bagi urusan jadual permainan. Taklimat ringkas berkenaan format permainan Valorant diadakan pada 08 September. Permainan Valorant diadakan terlebih dahulu iaitu bermula pada 09 September hingga 17 September. Kemudian, pada tarikh 14 September diadakan taklimat ringkas kepada para pemain PUBGM. Permainan ini diadakan pada tarikh 16 September dan 17 September. Seterusnya, pada tanggal 18 September, pemenang diumumkan melalui hebahan di aplikasi WhatsApp dan aplikasi Instagram rasmi PMFIK.

Seramai 90 orang pelajar dari UniSZA dan 50 orang pelajar dari KPMIM yang terlibat di dalam pertandingan ini. Untuk pertandingan PUBGM, Johan jatuh kepada kumpulan Team Execrations MX (UniSZA), Naib Johan adalah Team Eskobar (UniSZA) dan Tempat Ketiga adalah Legacy (UniSZA). Manakala pertandingan VALORANT, Johan jatuh kepada Black Dragon (UniSZA), Naib Johan adalah Agent Kimia (UniSZA), Tempat Ketiga adalah Fixers Gaming (UniSZA) dan Tempat Keempat adalah KRIMITI (KPMIM).

Secara keseluruhannya, PMFIK x KPMIM Esports Competition berjalan dengan lancar. Selain itu, harapan bagi perlawanan ini untuk membuka peluang kepada mahasiswa/i FIK untuk menonjol bakat mereka dalam bidang e-sukan. Penghargaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni) serta Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM) atas sokongan bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga perlawanan seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang dan membuka peluang kepada mahasiswa/i bagi menonjolkan bakat masing-masing.

 

4.0   GAMBAR AKTIVITI

 

Picture2.png

Picture3.png

Picture4.png

Picture5.png

Picture6.jpg

Picture7.jpg

Picture8.jpg

 

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin