PROGRAM SENSE OF DIRECTION FOR FIK DEGREE (SOD)

NAMA PROGRAM: SENSE OF DIRECTION FOR FIK DEGREE (SOD)

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI), FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PAFIK)                                                                                                                                             

TARIKH: 19 OKTOBER 2022

TEMPAT: AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

 

 

Pada 19 Oktober 2022 bersamaan 22 RABIUL AWAL 1444 H telah berlangsungnya satu program di Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran iaitu program Sense of DIrection For FIK Degree (SOD) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik (PMFIK) dan Komputeran (PMFIK) 22/23 dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini adalah seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar baharu ambilan 2022/2023 program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet, Pembangunan Perisian, Keselamatan Rangkaian Komputer) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media).

Sense Of Direction for FIK Degree (SOD) ini adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) pada setiap sesi kemasukan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Degree ambilan baharu tentang alam universiti dan pembudayaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) khususnya bagi sesi 2022/2023. Program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA Kampus Besut serta lebih mengenali fasiliti yang disediakan di Kampus Besut termasuk Pusat Sukan dan Rekreasi, Pusat Kesihatan UniSZA, perpustakaan, kafe dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga turut didedahkan dengan organisasi HEPA, FIK, KPP termasuk juga staf dari fakulti.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dr Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris selaku Timbalan Dekan Fakulti Informatik & Komputeran merangkap pemangku Dekan FIK. Kemudian program diteruskan pula dengan taklimat pengajian daripada Dr. Hasni binti Hassan, Ketua Pusat Pengajian (Informatik Media) dan Dr. Siti Sabariah binti Abas, Ketua Pusat Pengajian (Komputeran Internet). Program disambung dengan slot Kenali Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran oleh ahli PMFIK dan berakhir dengan slot D’strore oleh saudara Muhammad Ammar bin Norzan dan saudari Nur Aliyah Afifah binti Muhazir.

Secara keseluruhannya, program Sense of DIrection For FIK Degree (SOD) ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 200 mahasiswa dan mahasiswi FIK ambilan 2022/2023 UniSZA. Selain itu, taklimat yang diadakan telah dapat membantu pelajar lebih mengenali Fakulti Informatik dan Komputeran dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memperkenalkan Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA Kampus Besut kepada peserta. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan aktiviti komuniti di masa akan datang.

Lampiran 1

sod2.jpg

sod3.jpg

sod4.jpg

sod5.jpg

sod6.jpg

sod7.jpg

sod8.jpg

sod9.jpg

sod10.jpg

sod11.jpg

sod12.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin