PROGRAM MINGGU SUAI KENAL FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (MSK FIK)

NAMA PROGRAM: MINGGU SUAI KENAL FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (MSK FIK)

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI), FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PAFIK)                                                                                                                                              

TARIKH: 26-28 OKTOBER 2022 (RABU-JUMAAT)

TEMPAT: UniSZA KAMPUS BESUT

 

 

Pada 26 hingga 28 Oktober 2022 bersamaan 29 RABIUL AWAL hingga 2 RABIUL AKHIR 1444 H telah berlangsungnya satu program di sekitar UniSZA Kampus Besut iaitu program Minggu Suai Kenal Fakulti Informatik dan Komputeran (MSK FIK) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik (PMFIK) dan Komputeran (PMFIK) 22/23 dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini adalah seramai 250 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar baharu ambilan 2022/2023 program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet, Pembangunan Perisian, Keselamatan Rangkaian Komputer) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media).

Minggu Suai Kenal Fakulti Informatik dan Komputeran (MSK FIK) ini adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) pada setiap sesi kemasukan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Degree ambilan baharu tentang alam universiti dan pembudayaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) khususnya bagi sesi 2022/2023. Program ini juga menitikberatkan tiga (3) elemen utama yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu sifar buli, kebajikan pelajar dan kesedaran mengundi 18 tahun melalui beberapa sub-program iaitu Minggu Mesra Siswa, Majlis Anugerah Cemerlang 2022 serta Khidmat Komuniti dan Kesukarelawan.

Program ini dimulakan dengan slot yang pertama bagi memenuhi tiga (3) elemen yang disarankan iaitu slot Akademi Pilihan Raya (APR) yang menerangkan mengenai kesedaran mengundi bagi remaja yang berumur 18 tahun. Kemudian program diteruskan pula dengan slot daripada Puan Husni Munirah binti Hashim, Pegawai Psikologi dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang memberi pendedehan tentang sifar buli di alam universiti.Program ini disambung lagi dengan slot Kebajikan Pelajar oleh Cik Wan Nur Fazlin binti Wan Mohd Zaki, Pegawai Tadbir Pejabat Pengarah Kampus Besut. Seterusnya diteruskan dengan slot fakulti iaitu perjumpaan mentor mentee perdana di sekitar Fakulti Informatik dan Komputeran. Akhir sekali, bagi slot yang terakhir iaitu slot pengenalan bagi fasiliti. Slot ini dimulakan dengan pengenalan UniSZA Digital Hub daripada Dr Wan Mohd Amir Fazamin bin Hamzah, seterusnya daripada Ustaz Noor Aminuddin bin Mohamed Noor iaitu pengenalan mengenai pusat islam dan akhir sekali pengenalan Kelab RoboPro daripada Prof. Madya Dr. Engku Fazli Hasan bin Syed Abdullah. Bagi sebelah malam, diadakan kuliah maghrib di surau masing-masing serta solat isyak berjemaah.

Pada hari kedua bagi program MSK FIK, majlis anugerah cemerlang 2022 diadakan di bangunan pentadbiran yang melibatkan 250 pelajar ambilan baharu serta 650 pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran, staf serta para pensyarah. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Dekan (Akademik & Siswazah), Dr. Wan Suryani binti Wan Awang diikuti dengan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan), Prof. Madya Dr. Engku Fazli Hasan bin Syed Abdullah serta daripada Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Wan Rizhan bin Wan Idris dan akhir sekali ucapan aluan daripada Dekan iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose. Majlis ini diteruskan dengan penyampaian Anugerah Dekan Semester I dan II Sesi 2021/2022, serta Anugerah Terbaik Program dan Fakulti Semester I dan II sesi 2021/2022. Akhir sekali, penyampaian Anugerah Usaha Siswa/I dan Anugerah Siswa/I Mithali diikuti dengan Anugerah Kecemerlangan Staf. Majlis diakhiri dengan pembahagian makanan serta minuman kepada para pelajar. Pada sebelah petang pula, slot MSK FIK diteruskan lagi dengan aktiviti sukan tertutup di Dewan Sukan dan Rekreasi, Kampus Besut mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Slot yang terakhir pada hari kedua dilakukan di Surau Ar-Raudhah iaitu slot kerohanian yang dikendalikan oleh Saudari Nur Awfa binti Mohd Hilmi yang membawa tajuk Raya Jiwa.

Pada hari terakhir, semua pelajar ambilan baharu berada di Dewan Sukan dan Rekreasi bagi acara sukan secara berkumpulan. Acara sukan dimulakan dengan slot senamrobik yang dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Seterusnya, program diteruskan lagi dengan pelbagai jenis acara sukan yang diajalankan serentak pada masa yang sama seperti futsal, badminton, ping pong dan bola beracun. Bagi setiap aktiviti, mata menang akan dicatat dan dikumpul oleh PMFIK serta Sekreteriat yang bertugas bagi setiap aktiviti yang dimainkan untuk menentukan kumpulan dapat mengumpul mata menang yang banyak sekaligus mendapat tempat pertama bagi aktiviti sukan. Aktiviti sukan tersebut diakhiri dengan agihan makanan tengahari sebelum para pelajar lelaki menunaikan solat jumaat. Bagi slot terakhir pagi program MSK FIK berlaku pada sebelah malam iaitu malam kebudayaan selaku majlis penutupan bagi program MSK FIK. Terdapat beberapa persembahan yang dilakukan oleh para pelajar iaitu persembahan teater, silat serta tarian. Majlis tersebut juga menjemput semua pelajar dari FIK untuk memeriahkan lagi majlis penutupan tersebut. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan yang mengutip mata yang tertinggi serta persembahan terbaik yang diundi melalui google form oleh semua pelajar yang hadir.

Secara keseluruhannya, program Minggu Suai Kenal Fakulti Informatik dan Komputeran (MSK FIK) ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 250 mahasiswa dan mahasiswi FIK ambilan 2022/2023 UniSZA. Selain itu, pelajar ambilan baharu dapat pendedahan mengenai tiga (3) elemen utama yang disarankan oleh KPT iaitu kesedaran mengundi, difar buli dan kebajikan pelajar dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini serta dapat meraikan pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memperkenalkan Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA Kampus Besut kepada peserta. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan aktiviti komuniti di masa akan datang.

Lampiran 1

suai2.jpg

Pendaftaran pelajar pada hari pertama

 

suai3.jpg

Taklimat MSK sebelum slot Akademi Pilihan Raya

 

suai4.jpg

Slot sifar buli

 

suai5.jpg

Slot kebajikan pelajar

 

suai6.jpg

Slot perjumpaan mentor mentee perdana

 

suai7.jpg

Slot pengenalan kepada UniSZA Digital Hub

 

suai8.jpg

Slot pengenalan kepada Kelab Robopro

 

suai9.jpg

Kuliah Maghrib

 

suai10.jpg

Majlis Anugerah Cemerlang 2022

 

suai11.jpg

 

suai12.jpg

Slot sukan rakyat

 

suai13.jpg

 

suai14.jpg

Slot kerohanian

 

suai15.jpg

Slot aktiviti sukan

 

suai16.jpg

 

suai17.jpg

Slot malam kebudayaan (Teater)

 

suai18.jpg

suai19.jpg

Penyampaian hadiah bagi persembahan terbaik

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin