PROGRAM BESUT CAMPUS ASSEMBLE 2.0 (BCA2.0)

NAMA PROGRAM: BESUT CAMPUS ASSEMBLE 2.0

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN                                                                                                     

TARIKH: 26 NOVEMBER 2022

TEMPAT: FOYER FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK) DAN DEWAN SERBAGUNA KAMPUS BESUT

 

Pada 26 November 2022 bersamaan 12 JAMADIL AWAL 1444 H telah berlangsungnya satu program di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran dan Dewan Serbaguna Kampus Besut iaitu program Besut Campus Assemble 2.0 (BCA2.0) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 65 orang peserta majlis perasmian, 27 orang peserta pameran, 100 orang peserta BCA2.0 dan 25 orang peserta pertunjukkan kawad kaki.

Program BCA2.0 ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bertujuan untuk menarik minat, memberi pendedahan dan memperkenalkan persatuan dan kelab yang ada di Universiti Sultan Zainal Abidin kepada mahasiswa/i.

Program ini akan diadakan selama satu (1) hari bertempat di Foyer FIK dan Dewan Serbaguna Kampus Besut. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang. Majlis perasmian diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Aktiviti jualan di dewan serbaguna diadakan pada jam 10 pagi sehingga jam 5 petang. Aktiviti pameran persatuan diadakan di Foyer FIK pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang melibatkan 10 kelab dan persatuan serta badan beruniform dari Kampus Besut dan Kampus Gong Badak. Pertunjukan kawad kaki pula diadakan sejurus selepas majlis perasmian yang melibatkan 25 orang Kor Kesatria.

Secara keseluruhannya program BCA 2.0 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 217 orang peserta daripada Kampus Besut dan Kampus Gong Badak. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memperkenalkan kelab dan persatuan. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia BCA 2.0 dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan aktiviti kokurikulum dimasa akan datang.

Lampiran 1

assem2.jpgassem3.jpg

assem4.jpg

assem5.jpg

assem6.jpg

assem7.jpg

assem8.jpg

assem9.jpg

assem10.jpg

assem11.jpg

assem12.jpg

assem13.jpgassem14.jpg

assem15.jpg

assem16.jpg

assem17.jpg

assem18.jpg

 


assem20.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin