PROGRAM TRACE@FIK

NAMA PROGRAM: TRACE@FIK

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PUSAT ALUMNI UniSZA (ACe) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN                                                                                                                                           

TARIKH: 12 NOVEMBER 2022

TEMPAT: AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DAN LIVE FACEBOOK

 

 

Pada 12 November 2022 bersamaan 17 RABIUL AKHIR 1444 H telah berlangsungnya satu program di Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran dan Facebook Live iaitu program Trace@FIK yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Pusat Alumni UniSZA (ACe) Dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 70 orang alumni Fakulti Informatik dan Komputeran.

Program Trace@FIK ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta meraikan alumni Fakulti Informatik dan Komputeran dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar di Fakulti Informatik dan Komputeran. Objektif program ini adalah menyatukan kembali alumni Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA bersama bekas pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran, memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan alumni Fakulti Informatik dan Komputeran bersama pensyarah dan pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran dan memupuk pemikiran mahasiswa/i yang lebih kritis berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh alumni Fakulti Informatik dan Komputeran.

Program ini dimulakan dengan perasmian pembukaan yang dirasmikan oleh Dr Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Seterusnya majlis diteruskan dengan slot pertama bersama panel jemputan Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari Bin Mohd Rose, Mantan Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran 2020/2022 yang bertajuk “Bringing Access to Success, Everyone is An Achiever”. Slot kedua yang bertajuk “Further Study or Work after finishing studying?” pula diteruskan bersama panel jemputan dari alumni yang disampaikan oleh Muhammad Amir Irfan bin Mazia dan Fatin Fazain binti Mohd Affandi. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi 20 cabutan bertuah kepada peserta.

Secara keseluruhannya program Trace@FIK ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 70 alumni Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA. Selain itu, slot bicara yang diadakan telah dapat menarik minat alumni Fakulti Informatik dan Komputeran untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat mengembalikan ikatan di antara alumni dan Fakulti Informatik dan Komputeran. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Trace@FIK dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pusat Alumni UniSZA (ACe). Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan silaturahmi di antara alumni dan Fakulti Informatik dan Komputeran serta dapat memberikan ruang untuk alumni FIK berbakti kepada Fakulti Informatik dan Komputeran.

Lampiran 1

trace2.jpg

trace3.jpg

trace4.jpg

trace5.jpg

trace6.jpg

trace7.jpgtrace8.jpgtrace9.jpg

trace10.jpg

trace11.jpg

trace12.jpgtrace13.jpgtrace14.jpg

trace15.jpgtrace16.jpgtrace17.jpg

trace18.jpgtrace19.jpgtrace20.jpgtrace21.jpgtrace22.jpg

trace23.jpg

trace24.jpg

trace25.jpgtrace26.jpg

trace27.jpgtrace28.jpg

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin