PROGRAM FIK SPORTS SOUL 2023

NAMA PROGRAM:

PROGRAM FIK SPORTS SOUL 2023

ANJURAN:

FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH:

1 – 14 JANUARI 2023

TEMPAT:

 

FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

 

Pada tanggal 1 - 14 Januari 2023 telah berlangsungnya Program FIK Sports Soul anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar-pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran. Setiap kelas perlu menghantar wakil untuk menyertai setiap acara yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). FIK Sport Soul ini telah meningkatkan semangat kesukanan dalam diri kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengenalpasti bakat – bakat yang ada untuk menjadi wakil atlet untuk Sukan Antara Fakulti yang akan datang.

            Majlis bermula pada 1 Januari sehingga 14 Januari. Setiap hari pertandingan akan bermula pada jam 7 malam sehingga 11 malam tetapi hanya pada hari terakhir iaitu 14 Januari pertandingan diadakan pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Selepas itu, pada pukul 11.00 pagi – 1.00 petang majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Majlis ini telah dimulai dengan menyambut ketibaan tetamu kehormat iaitu Dr Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA serta Pembantu Tadbir Fakulti Informatik dan Komputeran, Encik Wan Marisa Bin Wan Mohd Nor masuk ke dalam dewan. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu UniSZA serta bacaan doa.

            Majlis disempurnakan dengan ucapan dari Yang Berusaha Timbalan Dekan HEPA FIK Dr Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris yang bangga dengan pencapaian atlet FIK. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para atlet yang memenangi acara – acara yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Hadiah telah disampaikan oleh TD HEPA, Dr Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris diiringi pengarah program Saudari Nik Nur Nasuha Maisarah Binti Zulkifli.

            Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi bergambar tetamu kehormat bersama para atlet yang hadir pada majlis ini. Selepas sesi tersebut hadirin majlis tersebut bersurai.

 

 

Pingat yang diraikan oleh pemenang

 

 

Sukan Tarik Tali dan Futsal Kategori Lelaki

 

  

Gambar sukan Ping Pong Kategori Lelaki

 

Gambar Sukan Badminton Individu dan Beregu Kategori Lelaki

 

Gambar Badminton Individu Kategori Perempuan

 

 Gambar Futsal Kategori Perempuan

 

Gambar Netball Shootout Kategori Perempuan dan Lelaki

 

Gambar Sesi Bergambar selepas Majlis Pemberian Hadiah

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin