TEAM BUILDING

TAJUK : TEAM BUILDING FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN ( FIK ) 2023

TARIKH : 12 - 13 MEI 2023

TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA, BESUT

 

15 Mei 2023 – “SAYANG KELUARGA SUKA KERJA”. Itulah cogan kata yang tersemat di dalam jiwa warga Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terdiri daripada staf pentadbiran dan akademik. Menyedari akan kepentingan semangat kerjasama dan berpasukan, satu program berbentuk team building telah pun dianjurkan pada 12 hingga 13 Mei 2023 (2 hari 1 malam) di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut.

Antara objektif program ini diadakan adalah sebagai satu platform buat semua warga FIK bagi mempraktikkan semangat kerjasama dalam meningkatkan kualiti dan mutu kerja yang lebih efektif pada masa akan datang. Di samping itu, ianya juga dapat meningkatkan perasaan bertanggungjawab dalam seseorang individu. Melalui program ini, ianya juga secara tidak langsung dapat membina keseimbangan intelek, jasmani dan rohani semasa program dijalankan menerusi pelbagai bentuk aktiviti dalam kumpulan yang disediakan.

Pelbagai bentuk pengisian serta aktiviti dalam kumpulan telah diselitkan dalam program ini bagi membentuk dan menguji ketahanan fizikal serta kesejahteraan mental peserta. Antara aktiviti fizikal yang diadakan ialah pertandingan sukan rakyat iaitu jalan guna tempurung kelapa, bowling kelapa, persembahan berkumpulan, senaman ringkas, membina arca daripada bahan terpakai dan pertukaran hadiah sesama staf. Di samping itu, aktiviti berbentuk perbincangan dan taklimat turut dijalankan. Antaranya ialah ceramah motivasi bertajuk “Sayang Keluarga, Suka Kerja oleh Prof Harmy, Dekan Fakulti Perubatan, “ Dari Kusza ke UniSZA, Tetap teguh di Dataran Abidin” oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari Mohd Rose mantan Dekan FIK dan “Kerjaku, Ibadahku” oleh Ustaz Roslan Mat Hassan, pensyarah  Kolej Vokasional Besut.

Semoga semangat kerjasama dan berpasukan yang terjalin utuh sewaktu team building selama 2 hari 1 malam dapat terus dikekalkan dan dimanfaatkan dalam menjalankan tugas yang mendatang selaras dengan cogan kata “ SAYANG KELUARGA, SUKA KERJA.

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin