SUKAN FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (SUFIK)

NAMA PROGRAM : SUKAN FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (SUFIK)

TARIKH : 16-20 MEI 2023

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA DAN GELANGGAN PERMAINAN

ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK), DAN FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK)

 

 

Pada 16 hingga 20 Mei 2023 telah diadakan satu program sukan di Dewan Serbaguna dan Gelanggang iaitu Sukan Fakulti Informatik dan Komputeran (SUFIK) dengan kerjasama Pejabat

 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK), dan Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK). Seramai 208 peserta yang terdiri daripada pelajar FIK terutamanya, FBIM, dan staff sebagai peserta jemputan terlibat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan seperti futsal, sepak takraw, badminton, bola tampar, petanque, pingpong dan bola jaring. SUFIK juga telah dirasmikan oleh wakil dekan iaitu Dr Wan Mohd Rizhan b Wan Idris merangkap timbalan dekan HEPA.

Program SUFIK ini sangat mengalu-alukan penyertaan kepada semua pelajar agar mereka lebih terdorong untuk mengasuh bakat, serta kesihatan rohani dan jasmani. Hal ini demikian kerana, program ini menjadi tunjang penting juga dalam pembentukan kesihatan pelajar dari segi fizikal dan mental.

Program ini telah tamat dalam tempoh empat (4) hari. Setiap pertandingan yang dianjurkan dipertandingkan secara berkumpulan. Grouping dan perlawanan futsal berlangsung di gelanggang pada pukul 8 sehingga 11 malam. Sejajar dengan perlawanan-perlawanan yang lain. Perlawanan petanque, futsal, bola tampar diadakan di luar atau secara “outdoor” manakala badminton dan pingpong secara “indoor”. Johan yang disandang bagi pertandingan futsal (KRK2), bola tampar (FBIM), pingpong single (Adnan), badminton (Munir DTMM6), petanque single (Mawi), petanque double (Kumpulan Mix), Bola jaring(KI). Keseluruhan pingat disampaikan semasa majlis penutup oleh YDP PMFIK, serta barisan majlis tertinggi.

Secara keseluruhannya program Sukan Fakulti Informatik dan Komputeran ini telah berjaya dengan lancar atas dasar rasa bertanggungjawab setiap ahli-ahli yang terlibat dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Secara tuntasnya, aktiviti yang diadakan adalah hasil buah fikir daripada setiap yang terlibat demi menarik minat semua pelajar demi menjayakan objektif program ini. Akhir kata, harapan kepada program ini dapat membuka peluang kepada semua pelajar untuk menonjolkan bakat dalam bidang sukan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, barisan Sekretariat kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Semoga program-program sedemikian seperti ini dapat diimplementasikan lagi di masa hadapan untuk memberi pendedahan berkenaan kesihatan       jasmani                            serta                 rohani          dalam            kalangan        pelajar.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin