ETHICS OF SOCIETY ENVIROMENT 2023

NAMA PROGRAM:

: ETHICS OF SOCIETY ENVIROMENT

ANJURAN:

: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

  PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH:

: 25 & 26 MEI 2023

TEMPAT:

: SEKOLAH     KEBANGSAAN     PULAU     PERHENTIAN      KECIL     BESUT,

 TERENGGANU

 

 

 

 

Pada tanggal 25 Mei 2023 telah berlangsung program Ethics Of Society Enviroment iaitu sebuah program khidmat masyarakat yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu. Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian berkaitan dunia komputeran. Program ini disertai oleh Mahasiswa ijazah sarjana muda tahun dua Fakulti Informatik dan Komputeran yang mengambil subject Social and Profesional Ethics yang menggalakkan pelajar-pelajar untuk melakukan projek khidmat masyarakat. Mahasiswa UniSZA bertolak dari jeti Kuala Besut pada jam 8 pagi menaiki bot ke Pulau Perhentian Kecil Bersama staf pengiring dari Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA.

Kesemua staf dan mahasiswa UniSZA tiba di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Kecil pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut. Program bermula dengan sesi dari pelajar Sarjana Muda Sains Komputer Komputeran Internet yang mengajar pelajar sekolah tentang asas sains komputer seperti “flow chart” dan “input, process and

 

output”.Sesi pertama berakhir pada jam 12.30 untuk memberi masa kepada para pelajar sekolah untuk berehat tengah hari.

Sesi kedua bermula pada jam 2 petang dimana melibatkan Mahasiswa Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian Komputer dan Sarjana Muda Sains Komputer Pembangunan Perisian yang memberi pendedahan tentang keselamatan rangkaian computer dan kesedaran tentang penyalahgunaan Internet. Bagi pelajar Pembangunan Perisian pula mereka mengajar tentang asas robotic dengan bermain LEGO memasang bahagian tubuh robot serta mengajar coding asas menggerakkan robot.

Bagi mahasiswa Sarjana Muda Sains Komputer Informatik Media pula terlibat dengan program bersama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) iaitu Bersama dengan Encik Tolahah bin Muda yang merupakan seorang jurugambar professional. Mereka ditugaskan untuk merekod video suasana di Pulau Perhentian Kecil untuk ditunjukkan kep ada Encik Tolahah Bin Muda untuk dinilai oleh beliau. Encik Tolahah juga memberikan tunjuk ajar serta perkongsian ilmu dalam bidang fotografi serta cabaran dan juga pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang jurugambar.

Majlis penutup dijalankan pada jam 4 petang dihadiri oleh Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran iaitu YBrs.Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid Bin Awang , pensyarah FIK, wakil guru sekolah iaitu Puan Haslinda serta wakil dari IKS Encik Tolahah bin Muda. Majlis penutup dirasmikan oleh YBrs.Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid Bin Awang. Program bersama pelajar sekolah berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada waktu maghrib mahasiswa UniSZA mendirikan solat berjemaah bersama penduduk setempat di Masjid Pulau Perhentian Kecil dan mendengarkan tazkirah tentang bacaan al fatihah yang sempurna yang disampaikan oleh Pusat Islam UniSZA dari Gong Badak. Perkongsian ini mendapat reaksi positif dari penduduk setempat dan mahasiswa UniSZA yang mendengarkan perkongsian tersebut.

Pada keesokan harinya iaitu pada 26 Mei 2023 mahasiswa UniSZA bersama Staf FIK termasuk para pensyarah bergotong-royong menyediakan makanan tengah hari kepada pelajar UniSZA dan penduduk setempat selepas Solat Jumaat. Para pelajar bersiap sedia di jeti untuk bertolak pulang pada jam 2.30 petang ke jeti Kuala Besut.

 

sulam2.png

sulam3.jpg

sulam4.jpg

sulam5.jpg

sulam6.jpg

 

sulam7.jpg

sulam8.jpg

sulam9.jpg

 

clip_image022.gif

 

clip_image026.gif

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin