NAMA PROGRAM : CAPTURE THE FLAG UNISZA-UMT
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK)
DENGAN KERJASAMA : FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK)
TARIKH : 25 SEHINGGA 27 APRIL 2024
TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

Pada 25 sehingga 27 Mac 2024 bersamaan 16 sehingga 18 Syawal 1445H telah berlangsungnya satu program yang bertempat di Auditorium Fakulti Informatik & Komputeran Besut iaitu program Capture The Flag UniSZA-UMT yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK), Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB), Pejabat Fakulti Informatik dan Komputeran, dan Persatuan sains Komputer UMT (COMTECH) .
Program ini mempunyai beberapa aktiviti yang menarik antaranya Seminar Kesedaran keselamatan Siber Dan Etika Digital, Slot latihan bersama Trainner, dan Pertandingan Capture The Flag. Penglibatan program Seminar Kesedaran Keselamtan Siber Dan Etika Digital ini adalah seramai 149 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK), urusetia CTF, kakitangan dan pensyarah FIK. Turut menghadiri program, barisan panel penceramah iaitu, Prof Madya Dr. Mohamad Afendee Mohamed (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan) dan Encik Wan Seman Bin Wan Ismail (Pengarah Syarikat Onceamonth Sdn. Bhd). Seterusnya bagi program Capture The Flag UniSZA-UMT, Seramai 93 orang peserta terlibat yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin, mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu, urusetia CTF ,dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK). Manakala, Majlis penutup Program Capture the Flag UniSZA-UMT dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman (Penolong Naib Canselor ketua Pegawai Digital). Tujuan program ini diadakan untuk memberi kesedaran keselamatan Siber Dan Etika Digital yang perlu dipatuhi oleh setiap individu. Program ini memainkan peranan yang penting untuk menguji setiap peserta untuk berfikir kreatif dalam mencari sebuah informasi berharga tersembunyi yang disebut sebagai ‘flag’ dari berbagai permasalahan yang diberi menjadi beberapa kategori iaitu “Examining a Suspicious File”, “Memory Analysis”, “Retrieving Information” dan “Finding Credentials”.Akhir sekali, program ini mampu mengukuhkan perhubungan antara mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan mahasiswa daripada pelbagai IPTA.Majlis ini dimulakan dengan Seminar Kesedaran Keselamatan Siber Dan Etika Digital yang berlangsung pada 25 April 2024 pada pukul 10.00 pagi sehinggga 12.30 tengah hari disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Afendee Mohamed, (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan) dan En Wan Seman Wan Ismail, (Pengarah Onceamonth Sdn Bhd). Seramai 89 orang pelajar UniSZA termasuk 27 orang peserta CTF UniSZA dan 25 kakitangan/pensyarah FIK telah terlibat semasa seminar berlangsung. Seminar berakhir pada pukul 12.30 tengah hari diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati kepada panel penceramah.
Seterusnya pada 26 April 2024, Peserta CTF terdiri daripada 27 orang pelajar UniSZA dan 31 orang pelajar UMT tiba di bangunan Fakulti informatik dan Komputeran pada pukul 8.30 pagi bagi sesi pendaftaran peserta dan sarapan pagi. Pada pukul 9.00 pagi semua peserta CTF bergerak ke Makmal Teknologi Maklumat 1 dan 2 bagi memulakan slot latihan bersama trainer mengikut kumpulan yang diberikan. Makmal Teknologi Maklumat 1 disampaikan oleh Pn. Siti Dhalilah Binti Mohd Satar manakala Makmal Teknologi Maklumat 2 disampaikan oleh Dr. Nazirah Binti Abd Hamid. Pada pukul 12.00 tengah hari semua peserta CTF berehat untuk solat jumaat dan makan tengah hari. Setelah itu, peserta bergerak ke Makmal Teknologi Maklumat bagi meneruskan slot bersama trainer sehingga pukul 5.00 petang.
Akhir sekali, pada 27 April 2024 pertandingan yang dinanti-nantikan telah tiba. Pertandingan Capture The Flag bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berlangsung di Makmal Teknologi Maklumat 1 dan 2. Sepanjang pertandingan berlangsung, En. Ahmad Faisal Amri Bin Abidin @ Bharun turut membantu sebagai pakar rujuk dan pemeriksa soalan diikuti Pn. Siti Dhalilah Binti Mohd Satar dan Dr. Nazirah Binti Abd Hamid sebagai pemantau. Setelah pertandingan selesai, para peserta bergerak ke dewan Auditorium Fakulti Informatik Dan Komputeran bagi perasmian majlis penutup dan penyampaian hadiah. Majlis penutup berlangsung pada pukul 1.00 petang sehingga 1.30 petang dan Pengarah Program Capture The Flag UniSZA-UMT telah memberi ucapan serta telah dirasmikan dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman (Penolong Naib Canselor Ketua Pegawai Digital) diikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati.
Hari Pertama (Khamis | 25/04/2024)

Hari Kedua (Jumaat | 26/04/2024)

Hari Ketiga (Sabtu | 27/04/2024)


