PROGRAM MINGGU MESRA SISWA (MMS) BAGI PROGRAM DIPLOMA SEMESTER PENDEK SESI 2024/2025

28 JULAI 2024 - Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menganjurkan Program Minggu Mesra Siswa (MMS) bagi pelajar baharu Diploma Semester Pendek Sesi 2024/2025. Program ini bertujuan untuk menyambut kedatangan pelajar baharu ke fakulti dengan memberi mereka pendedahan yang menyeluruh mengenai aspek-aspek penting berkaitan dengan kehidupan akademik dan sosial di universiti.

Seramai 95 orang pelajar telah mendaftar bagi program Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Sains Komputer bagi sesi ini. Program MMS ini dianjurkan khas untuk membantu pelajar baharu mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang FIK, memperkenalkan mereka kepada staf pentadbiran dan akademik serta prosedur berkaitan dengan hal ehwal akademik. Program ini juga turut memberi ruang kepada pelajar baharu untuk berinteraksi dan membina jaringan sosial sebelum memulakan sesi pembelajaran yang sebenar. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah aktiviti rekreasi mendaki ke Bukit Bubus yang terletak berdekatan dengan UniSZA kampus Besut. Aktiviti ini telah dikenalikan oleh Staf Pusat Sukan & Rekreasi Kampus Besut. Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan turut berbesar hati untuk memberikan taklimat dan demo pemadaman kebakaran kepada pelajar. Pada sesi petang pula pelajar telah beramah mesra dalam slot pengenalan dan taklimat bersama staf pentadbiran dan akademik.

Dengan berakhirnya Program Minggu Mesra Siswa (MMS) ini, diharapkan agar pelajar dapat menunjukkan keinginan yang tinggi untuk belajar dan berusaha mencapai kecemerlangan akademik serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan etika yang tinggi dalam semua aspek kehidupan terutamanya di universiti.

 

 

 

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 31/07/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin