IT4U Program 14.0 Series II: Innovation in Educational Content Through Artificial Intelligence and Youth Academic Robotics

NAMA PROGRAM          : PROGRAM IT4U 14.0 SIRI II: INOVASI KANDUNGAN PENIDIDKAN DENGAN KECERDASAN BUATAN AI DAN AKADEMIK ROBOTIK GENERASI MUDA

ANJURAN                      : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

DENGAN KERJASAMA : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) BESUT, PEJABAT TIMBALAN NAIB CHANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UniSZA

TARIKH                           : 6 OGOS 2025 (RABU)

TEMPAT                          : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN, UniSZA KAMPUS BESUT

WhatsApp Image 2025 08 11 at 14.55.52 

BESUT, 6 OGOS 2025 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut terus memperkukuh komitmen dalam memperkasakan komuniti setempat melalui penganjuran Program IT4U Siri II: Inovasi Kandungan Pendidikan dengan Kecerdasan Buatan (AI) dan Akademi Robotik Generasi Muda. Program ini merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang telah dilaksanakan awal tahun ini dengan kerjasama erat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UniSZA. Pelaksanaan program ini diketuai oleh Penyelaras Program IT4U, Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris.
Program ini memberi tumpuan kepada dua (2) komponen utama, iaitu modul Robotik: Akademi Robotik Generasi Muda dan modul AI: Inovasi Kandungan Pendidikan dengan Kecerdasan Buatan yang menyasarkan penglibatan pelajar serta guru sekolah rendah dan menengah di daerah Besut.
Modul Robotik melibatkan penyertaan 24 orang (6 guru dan 18 pelajar). Para peserta didedahkan kepada asas teknologi robotik termasuk pengaturcaraan asas dan aplikasi praktikal melalui bengkel interaktif yang dikendalikan oleh pensyarah serta fasilitator mahasiswa.
Modul AI pula disasarkan kepada 51 orang guru dari sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Besut. Ia bertujuan meningkatkan kompetensi para guru dalam mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para peserta diberi pendedahan kepada perisian, pendekatan semasa serta amalan terbaik dalam penggunaan AI dalam pendidikan.
Fasilitator program terdiri daripada pihak industri dan pensyarah berpengalaman FIK, antaranya Prof. Madya Ts. Dr. Nor Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin, Ts. Dr. Normala binti Rahim, Dr. Ong Yew Chuan, Ts. Norkhairani binti Abdul Rawi dan Encik Mohd Sufian bin Mat Deris bagi modul AI. Manakala modul Robotik dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Azrul Amri bin Jamal dan Encik Muhammad Hazrol Hafifi bin Abd Wahab, Pengarah NEONT Sdn. Bhd. Program ini turut disokong oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) yang memainkan peranan sebagai fasilitator teknikal dan juga ahli jawatankuasa.
Program IT4U merupakan antara inisiatif FIK dalam menyokong agenda pendigitalan pendidikan serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara universiti dan sekolah. Ia juga selari dengan komitmen UniSZA untuk menjadi peneraju pendidikan inklusif yang menyumbang secara langsung kepada pembangunan sosioekonomi dan teknologi masyarakat setempat.
 
DSC00215 11zon
 

DSC00228 11zon 

 

DSC00262 11zon 

 

DSC00268 11zon 

 

 

DSC00313 11zon 

 

DSC07742 11zon  

 

DSC07807 11zon  

 

DSC07905 11zon  

 

DSC07855 11zon

 

DSC07803 11zon  

 

DSC00522 11zon

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-819 3200

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 05/01/2026 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin