NAMA PROGRAM : INDOMAS ESPORT
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK)
DENGAN KERJASAMA : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK),
FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN, PENDIDIKAN ILMU TEKNOLOGI (FKIP), UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH TASIKMALAYA (UMTAS) INDONESIA,
FAKULTAS TEKNOLOGI DAN INFORMATIKA (FTI) DAN UNIVERSITAS INFORMATIKA DAN BISNIS INDONESIA (UNIBI)
TARIKH : 21 JULAI 2025 (ISNIN)
TEMPAT : ATAS TALIAN (ZOOM MEETING)

Pada 21 Julai 2025 bersamaan 26 Muharam 1447H, telah diadakan program INDOMAS Esports secara atas talian, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Exploring Art & Culture Across Borders Through Metaverse (EXACAB). Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Pendidikan Ilmu Teknologi (FKIP), Universitas Muhammadiyah Tasikmalaya (UMTAS), Fakultas Teknologi dan Informatika (FTI) serta Universitas Informatika dan Bisnis Indonesia (UNIBI). Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 40 orang pelajar dari ketiga-tiga institusi pengajian tinggi yang bertanding dalam acara e-sukan secara atas talian bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta mencungkil bakat dalam bidang Esports.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan diteruskan dengan empat perlawanan Best of 1 (BO1) melibatkan pasukan dari UNIBI, UMTAS dan UniSZA. Seterusnya, dua perlawanan Best of 3 (BO3) berlangsung pada waktu tengah hari dan pertandingan diakhiri dengan perlawanan ketujuh antara pemenang kumpulan terdahulu. Majlis penutup telah diadakan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams dan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Afendee Bin Mohamed, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan, Fakulti Informatik dan Komputeran. Majlis turut diserikan dengan ucapan wakil dari UNIBI iaitu Dr. Nur Alamsyah, S.T., M.Kom., Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat, serta ucapan dari pihak UMTAS oleh Dr. Maesaroh Lubis, M.Pd., Dekan Fakulti Pendidikan dan Latihan Keguruan, Jabatan Teknologi Pendidikan (FKI). Selain itu, ucapan turut disampaikan oleh Pengarah Program yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan bahawa program ini merupakan platform penting dalam menghubungkan pelajar merentas sempadan melalui medium e-sukan. Pemenang pertandingan telah diumumkan secara rasmi oleh wakil dari UMTAS, dan hadiah wang tunai turut disampaikan kepada para pemenang dan telah dipindahkan terus ke akaun masing-masing selepas tamat program.
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa, membina kerjasama rentas budaya, serta memperkukuh kemahiran insaniah dalam suasana pertandingan digital yang tersusun. Harapan besar agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memartabatkan bakat mahasiswa UniSZA dan memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa universiti.






