SHOT - TO - SHOOT

NAMA PROGRAM : SHOT TO SHOOT

ANJURAN : PERSATUAN MAHASIWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

DENGAN KERJASAMA : FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK), DAN KELAB KEUSAWANAN UNISZA (KKU).

TARIKH : 22 - 24 MEI 2025 DAN 30 - 31 MEI 2025

TEMPAT : MAKMAL UNISZA DIGITAL HUB (UDH), SURAU AR – RAUDAH & BUKIT BUBUS

Picture13

Jualan sempena program Shot to Shoot telah berlangsung dari 22 hingga 24 Mei, bermula pada pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari. Sepanjang program ini, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) telah mengadakan aktiviti jualan tapak kepada vendor luar sebagai salah satu inisiatif penjanaan kewangan. Melalui penyertaan vendor-vendor ini, PMFIK telah berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM575.70 hasil daripada kutipan sewa tapak jualan sepanjang tempoh program berlangsung. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada vendor luar untuk mempromosikan produk mereka, malah turut menyumbang kepada sumber kewangan persatuan. Pada 30 Mei 2025 bersamaan 3 Zulhijjah telah berlangsungnya satu program yang bertempat di Makmal Unisza Digital Hub (UDH) iaitu program Shot To Shoot yang merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh PMFIK dengan kerjasama Kelab Keusahawanan Unisza (KKU). Program ini melibatkan seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) sesi 2024/2025. Turut dihadiri oleh barisan penceramah iaitu Encik Ahmad Helmie bin Ahmad dan Encik Kaswadi bin Yusof. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjadi salah satu platform yang berperanan dalam menggalakkan kreativiti, membina ketahanan diri dan meningkatkan kemahiran khas seperti kemahiran fotografi dan videografi. Hasil pembelajaran daripada program ini adalah kemahiran asas mahupun lanjutan dalam bidang fotografi atau videografi serta pengetahuan berkenaan penggunaan sesuatu perisian. Majlis dimulakan dengan pendaftaran para peserta pada pukul 9.00 pagi di Makmal UDH. Kemudian, majlis diteruskan dengan slot yang pertama, iaitu Bengkel Photography yang telah disampaikan oleh Encik Kaswadi bin Yusof, seorang jurufotografi berpengalaman. Slot ini memberi pendedahan serta kemahiran asas dalam bidang fotografi kepada para peserta. Para peserta berpeluang menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor pada pukul 12.00 tengah hari dan kemudian majlis diteruskan dengan slot yang kedua iaitu Bengkel Videography tepat pada pukul 2.00 petang. Slot ini disampaikan oleh Encik Ahmad Helmie bin Ahmad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Bahagian Media Kreatif) yang berkongsi ilmu serta teknik dalam bidang videografi. Setelah selesai kedua-dua bengkel, penyampaian cenderahati kepada penceramah telah berlangsung pada pukul 4.00 petang. Majlis diteruskan pada sebelah malam dengan slot ketiga, iaitu Tazkirah Kerohanian yang bertajuk "Keindahan Alam sebagai Tanda Kebesaran Allah SWT" yang disampaikan oleh Syazwan bin Shaharudin, Yang Dipertua Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar-Raudah (JAPSAR) yang bermula pada pukul 7.00 malam. Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah dilakukan pada pukul 9.30 malam dan program hari pertama diakhiri dengan sesi bergambar serta bersurai pada pukul 10.00 malam. Pada hari kedua program, para peserta telah bertolak ke Bukit Bubus seawal pukul 7.00 pagi bagi melaksanakan aktiviti luar yang telah dirancang. Setibanya di lokasi, peserta memulakan hari dengan sarapan pagi dan aktiviti senamrobik berkumpulan yang untuk memanaskan badan dan memupuk semangat kerjasama. Aktiviti diteruskan dengan slot keempat, iaitu aktiviti Hiking pada pukul 8.00 pagi. Slot ini memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semula jadi di samping mengasah ketahanan fizikal dan mental. Kemudian, pada pukul 9.00 pagi, peserta menyertai slot kelima, iaitu Pertandingan Photography dan Videography yang memberi ruang kepada peserta untuk mempraktikkan kemahiran yang diperoleh semasa bengkel pada hari sebelumnya dalam bentuk tugasan kreatif dan praktikal. Peserta bertolak pulang ke kampus Besut pada pukul 11.00 pagi dan seterusnya menikmati makan tengah hari serta menunaikan solat Zohor. Kemudian, majlis penutup program bermula pada pukul 2.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ilmu Faedah Insan, serta bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengarah program diikuti dengan ucapan perasmian oleh saudari Nur Afiqah Binti Asmawi. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah diadakan bagi menghargai pemenang dua kategori dalam pertandingan tersebut. Tayangan video montaj turut dipersembahkan bagi merakam kenangan sepanjang program berlangsung. Akhir sekali, program ditutup secara rasmi dengan sesi bergambar beramai-ramai, dan para peserta bersurai pada pukul 5.30 petang dengan penuh rasa syukur dan pengalaman yang bermakna.

Picture11Picture11Picture12

 

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-819 3200

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 05/01/2026 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin