NAMA PROGRAM : ENGLISH WEEK 2.0
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK) DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK KOMPUTERAN (FIK)
TARIKH : 15-19 DISEMBER 2024
TEMPAT : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAAN, UniSZA KAMPUS BESUT

Pada 15 - 19 Disember 2024, telah berlangsungnya satu program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) UniSZA iaitu “English Week 2.0”. Program ini diadakan bagi memupuk minat mahasiswa/i untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka melalui pelbagai aktiviti interaktif dan menarik.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuk “Word of the Day: Bombastic Edition,” “Word Quest: Crack the Password,” “Grammar Gladiators: Test Your Skills,” dan “Chit Chat: Connecting in English”. Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris secara santai tetapi berkesan, di samping menggalakkan para peserta berinteraksi dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa/i Fakulti Informatik dan Komputeran. Melalui aktiviti seperti “Chit Chat: Connecting in English,” para peserta dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi mereka dengan lebih yakin. Selain itu, sesi interaktif seperti “Grammar Gladiators” membantu peserta mengasah kemahiran tatabahasa mereka dengan cara yang menyeronokkan dan mencabar.
Secara keseluruhannya, English Week 2.0 telah berjaya mencapai objektifnya untuk menggalakkan mahasiswa/i menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi harian. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan berjaya menarik perhatian peserta dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 2024/2025 serta urusetia English Week 2.0 atas dedikasi mereka dalam menganjurkan program ini. Harapan kami adalah agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memperkasakan mahasiswa/i dengan kemahiran berbahasa Inggeris yang cemerlang.


