
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐈 : 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄 𝐓𝐀𝐋𝐊
7 Ogos 2025
Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan Kerjasama 𝑅𝑒𝑠𝑒𝑎𝑟𝑐ℎ 𝐺𝑟𝑜𝑢𝑝 𝐶𝑜𝑚𝑝𝑢𝑡𝑒𝑟 𝑉𝑖𝑠𝑖𝑜𝑛 & 𝐾𝑛𝑜𝑤𝑙𝑒𝑑𝑔𝑒 𝑀𝑎𝑛𝑎𝑔𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 telah menganjurkan sesi 𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐓𝐚𝐥𝐤 yang bertajuk “𝐑𝐞𝐚𝐥-𝐓𝐢𝐦𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐟𝐟𝐢𝐜 𝐋𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐎𝐩𝐭𝐢𝐦𝐢𝐳𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐚𝐟𝐞𝐭𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐔𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐞𝐩 𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠-𝐁𝐚𝐬𝐞𝐝 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐲𝐭𝐢𝐜𝐬” pagi ini.
Sesi yang berlangsung santai namun penuh ilmu ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah terkini dalam pengurusan sistem lampu isyarat secara masa nyata menggunakan pendekatan teknologi video analitik berasaskan deep learning. 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐀𝐬𝐬𝐭. 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐨 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐨𝐟 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐝𝐡𝐢𝐰𝐚𝐬 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐲, 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 telah berkongsi pandangan serta dapatan penyelidikan yang menyentuh isu-isu kesesakan lalu lintas, masa menunggu yang tidak efisien serta risiko keselamatan di persimpangan lampu isyarat yang menjadi cabaran utama di Thailand.
Beliau menjelaskan bagaimana data yang diperoleh daripada kamera CCTV dan sensor trafik boleh dianalisis menggunakan model deep learning seperti Convolutional Neural Network (CNN) untuk mengesan bilangan kenderaan dan kelajuan aliran trafik.
Maklumat ini kemudian diproses secara masa nyata untuk menyesuaikan tempoh lampu isyarat mengikut keadaan trafik semasa – berbanding sistem konvensional yang menggunakan jadual tetap tanpa adaptasi.
Sesi santai ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga FIK . Para peserta turut melontarkan pelbagai soalan yang berkisar kepada cabaran pelaksanaan, kos pembangunan sistem, dan potensi penyelidikan lanjutan bersama agensi kerajaan dan swasta.
Bagi yang terlepas sesi siaran langsung, rakaman Coffee Talk boleh ditonton semula melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/share/v/1HeanDKHvw/
FIK UniSZA komited untuk meneruskan Siri Coffee Talk sebagai platform perkongsian ilmu yang relevan, merentas bidang teknologi, sains data dan inovasi sosial.


