Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) sedang melaksanakan salah satu projek kelestarian iaitu “Laman Lestari FIK” sebagai sokongan kepada inisiatif kelestarian UniSZA. Projek ini akan memanfaatkan kawasan tanah seluas 20” x 60” untuk penanaman sayur-sayuran dan herba serta bakal dijadikan ruang santai/aktiviti.
Sehubungan dengan itu, Gotong Royong Perdana Laman Lestari FIK akan diadakan pada:
📅 Selasa, 26 Ogos 2025
⏰ 9.30 pagi – 12.30 tengahari
📍 Laman Lestari FIK
✨ Objektif utama gotong royong kali ini adalah untuk memasang pagar daripada pallet kayu & tayar terpakai yang telah dikumpulkan. Justeru, kerjasama dan tenaga ramai staf FIK amat diperlukan bagi menjayakan misi ini.
💚 Sumbangan Diperlukan
Bagi memastikan kelancaran projek, pihak AJK Lestari FIK juga amat menghargai sekiranya warga FIK dapat menyumbang:
Tanah untuk bertanam ⏳
Baja 🍄🟫
Batu bata putih (29 sen/keping) 🪨
Sumbangan kewangan bagi menampung pembelian barangan berkaitan 💰
🌹 Sumbangan barangan boleh dibawa terus ke fakulti bermula Ahad, 24 Ogos 2025, manakala sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Pn. Akma bt. Mamat (Rujukan: Lestari FIK).
Semoga usaha kita bersama menjadi amal jariah dan menyumbang kepada kelestarian FIK dan UniSZA.
🍴 Makanan tengahari disediakan untuk semua staf yang hadir pada hari gotong royong.
Mari kita turun beramai-ramai demi kelestarian fakulti dan universiti tercinta! 🌿

