NAMA PROGRAM : ENGLISH WEEK 3.0
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK) DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK)
TARIKH : 22-25 JUN 2025
TEMPAT : BILIK UNISZA DIGITAL HUB(UDH), UniSZA KAMPUS BESUT

Pada 22 - 25 Jun 2025 telah berlangsungnya satu program di Bilik UDH, UniSZA Kampus Besut iaitu program English Week 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Program ini bermula dengan aktiviti ‘Afternoon Reels’ iaitu tayangan filem yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam filem tersebut. Aktiviti ini bermula pada pukul 9:00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Aktiviti ini menekankan aspek pendengaran tentang kefasihan bahasa inggeris pelajar mendengar setiap perkataan Inggeris. Fasihnya pelajar dalam mendengar perkataan bahasa inggeris ini mampu membawa pelajar ke arah yang lebih baik seperti mampu berinteraksi dengan cara yang betul sewaktu mereka berada di alam pekerjaan nanti.
Pada 23 Jun 2025, program diteruskan dengan aktiviti ‘How to Improve English skill’. Aktiviti ini dijalankan secara bersemuka di Bilik UniSZA Digital Hub(UDH) yang telah disampaikan oleh salah seorang daripada Guru Bahasa di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) iaitu Puan Siti Nur Atiqah binti Adullah. Aktiviti ini menekankan aspek tatabahasa,pengucapan awam dan penulisan. Dimana ketiga-tiga aspek ini amat penting bagi para pelajar terutamanya sewaktu mereka tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran dalam tiga aspek berikut.
Pada 24 Jun 2025, aktiviti ‘Story Writing’ berlangsung yang bermula daripada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12:00 malam dan aktiviti ini juga diadakan secara atas talian. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menguji peserta tentang kefahaman peserta tentang aktiviti-aktiviti sebelum ini.Pendek kata, pelajar perlu menerapkan semua apa yang mereka pelajari pada hari sebelumnya.
Hari terakhir iaitu pada 25 Jun 2025, majlis penutupan diadakan di Bilik UNISZA DIGITAL HUB(UDH). Wakil daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran(PMFIK) telah merasmikan majlis penutupan English Week 3.0 . Kemudian,majlis diteruskan dengan pembahagian hadiah kepada peserta yang telah memenangi pertandingan Story Writing’ dan ‘Afternoon Reels’ .
Program English Week 3.0 ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bertujuan untuk memberikan peluang kepada mahasiswa agar lebih berani menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam komunikasi seharian mereka serta meyakinkan diri bercakap dengan rakan dalam Bahasa Inggeris terutamanya.Secara keseluruhannya, program English Week 3.0 berjalan dengan lancar dan jayanya. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif utama program ini.







