NAMA PROGRAM : FIK UNITY FESTIVAL 2025: BOWLING KELAPA, LIGA PENALTI
ANJURAN : PERSATUAN MAHASIWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)
DENGAN KERJASAMA : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP),
DAN AQUATIC LIFE AND ANIMAL LIVESTOCK PRODUCTION AND HEALTH ASSOCIATION (ALPHA)
TARIKH :10 MEI 2025 (SABTU)
TEMPAT :FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

Pada 10 Mei 2025 bersamaan 11 Zulkaedah 1446H, telah diadakan program FIK Unity Festival 2025 bertempat di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama pihak Fakulti, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), serta Aquatic Life and Animal Livestock Production and Health Association (ALPHA). Penganjuran festival ini mendapat penyertaan yang amat memberangsangkan iaitu lebih 30 peserta yang terdiri daripada pelajar UniSZA, pelajar sekolah dan komuniti luar. Program ini dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukanan, perpaduan serta penglibatan aktif mahasiswa UniSZA.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan diteruskan dengan dua acara utama iaitu Bowling Kelapa dan Liga Penalti. Kedua-dua aktiviti sukan ini berlangsung dalam suasana santai dan inklusif yang menggalakkan penglibatan semua peringkat usia. Selain menjadi medan pertandingan, festival ini turut memberi peluang untuk membina hubungan strategik serta mengeratkan kerjasama merentas latar belakang.
Selain aktiviti sukan, FIK Unity Festival 2025 turut menyasarkan objektif jangka panjang seperti meningkatkan keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti luar bilik kuliah, membina kemahiran kepimpinan serta menggalakkan pembentukan komuniti kampus yang mesra dan terbuka. Festival ini juga menjadi ruang kepada mahasiswa untuk menonjolkan bakat dan potensi diri di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
Majlis penutup telah diadakan dengan penuh kemeriahan melalui penyampaian hadiah kepada para pemenang, ucapan penghargaan daripada pihak penganjur kepada semua jawatankuasa pelaksana, dan rakan kolaborasi yang telah bertungkus lumus menjayakan festival ini. Program diakhiri dengan ucapan penutup dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan bersama.
FIK Unity Festival 2025 membuktikan komitmen Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dalam menjana program berimpak sosial yang bukan sahaja bermanfaat kepada mahasiswa, malah memberi kesan positif kepada komuniti luar. Harapan besar agar festival ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan yang mampu menyemarakkan lagi perpaduan, kerjasama serta nilai kemasyarakatan dalam kalangan warga UniSZA dan masyarakat setempat.






