NAMA PROGRAM :3D WORKSHOP – CRAFTING CULTURE IN DIGITAL FORM
ANJURAN :PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)
DENGAN KERJASAMA :FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK),
PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK),
FAKULTAS TEKNOLOGI DAN INFORMATIKA (FTI), UNIBI
FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN, PENDIDIKAN ILMU TEKNOLOGI (FKIP), UMTAS, NEONSKY INTERACTIVE ENTERPRISE.
TARIKH :21 JULAI 2025
TEMPAT :BILIK UDH (UniSZA DIGITAL HUB), INKUBATOR LAB & MICROSOFT TEAMS

Program ini adalah merupakan salah satu slot daripada program Exploring Arts and Culture Across Borders Through Metaverse (EXACAB) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dalam kolaborasi antarabangsa bersama institusi luar negara. Slot bengkel ini memfokuskan kepada pendedahan asas penggunaan perisian Blender, iaitu perisian sumber terbuka yang banyak digunakan dalam industri kreatif digital. Slot ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang reka bentuk tiga dimensi (3D) serta memupuk kesedaran terhadap peranan teknologi dalam memelihara dan mempersembahkan kebudayaan secara digital. Penganjuran program ini menepati aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan peka terhadap kepelbagaian budaya serta keperluan masa kini dalam dunia digital. Program ini telah dilaksanakan selama satu hari yang bertempat di Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut. Slot ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu satu slot bersemuka manakala slot maya disiarkan di platform digital Microsoft Teams bagi peserta di luar negara. Sesi berlangsung selama 2 jam bagi setiap slot, dan memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti demonstrasi secara langsung serta mencuba sendiri proses pembangunan ruang maya menggunakan teknologi Spatial.io.
Slot dimulakan dengan sesi pengenalan terhadap konsep reka bentuk 3D dan peranan teknologi ini dalam memelihara budaya dan warisan melalui kaedah digitalisasi. Seterusnya, peserta dibimbing secara langsung dalam menggunakan perisian Autodesk Maya untuk membina objek asas berpaksikan elemen budaya seperti rumah tradisional, peralatan etnik dan bentuk simbolik. Penceramah turut menunjukkan secara langsung kaedah model membina interaktif secara asas, membolehkan peserta memahami secara praktikal untuk mencipta model 3D tersendiri. Sesi ini berbentuk hands-on dan peserta digalakkan untuk mencuba sendiri menggunakan panduan yang diberikan secara langsung. Sepanjang sesi, peserta diberi kebebasan untuk bertanya soalan secara langsung. Majlis Perasmian Penutup oleh Prof. Madya. Dr. Mohamed Afendee bin Mohamed, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan, Fakulti Informatik dan Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula pada pukul 4.00 dan bersurai pada jam 5.30 petang.
Secara keseluruhannya, program 3D Workshop: Crafting Culture in Digital Form telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui pendedahan dan latihan praktikal ini, peserta dapat mengembangkan kefahaman serta kemahiran baharu dalam bidang reka bentuk digital, khususnya dalam konteks memelihara dan mengekspresikan budaya secara visual. Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan tahap literasi teknologi mahasiswa, malah turut memperkukuh nilai-nilai kebudayaan dan identiti dalam kalangan generasi muda.




