NAMA PROGRAM : MINGGU MESRA SISWA 2025/2026 PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA
ANJURAN : FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN , PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFOMARTIK & KOMPUTERAN (PMFIK)
TARIKH : 06 OCTOBER 2025 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM IBN KHALDUN, PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT, UNISZA KAMPUS BESUT

Besut, 6 Okt 2025 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut telah berjaya menganjurkan Program Hari Mesra Siswa (HMS) peringkat fakulti bagi meraikan kehadiran pelajar baharu Sarjana Muda sesi akademik 2025/2026 bertempat di Dewan Auditorium Ibnu Khaldun, Pejabat Pengarah Kampus Besut.
Program ini bertujuan memperkenalkan struktur pentadbiran dan akademik fakulti serta membantu pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kampus. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid bin Awang, Dekan FIK diikuti taklimat akademik oleh Ketua-Ketua Pusat Pengajian serta perkongsian daripada unit-unit di bawah Pejabat Pengarah Kampus Besut.
Seramai 215 orang pelajar baharu menyertai program ini terdiri daripada:
Turut diadakan aktiviti Campus Tour yang dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bagi memperkenalkan fasiliti dan persekitaran kampus.
Penganjuran HMS ini mencerminkan komitmen FIK dalam menyokong pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar, selaras dengan aspirasi UniSZA melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.






