- Hebahan
- Hits: 445
๐ข HEBAHAN GOTONG ROYONG PERDANA โ LAMAN LESTARI FIK ๐ฑ
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) sedang melaksanakan salah satu projek kelestarian iaitu “Laman Lestari FIK” sebagai sokongan kepada inisiatif kelestarian UniSZA. Projek ini akan memanfaatkan kawasan tanah seluas 20” x 60” untuk penanaman sayur-sayuran dan herba serta bakal dijadikan ruang santai/aktiviti.
Sehubungan dengan itu, Gotong Royong Perdana Laman Lestari FIK akan diadakan pada:
๐
Selasa, 26 Ogos 2025
โฐ 9.30 pagi – 12.30 tengahari
๐ Laman Lestari FIK
โจ Objektif utama gotong royong kali ini adalah untuk memasang pagar daripada pallet kayu & tayar terpakai yang telah dikumpulkan. Justeru, kerjasama dan tenaga ramai staf FIK amat diperlukan bagi menjayakan misi ini.
๐ Sumbangan Diperlukan
Bagi memastikan kelancaran projek, pihak AJK Lestari FIK juga amat menghargai sekiranya warga FIK dapat menyumbang:
Tanah untuk bertanam โณ
Baja ๐๐ซ
Batu bata putih (29 sen/keping) ๐ชจ
Sumbangan kewangan bagi menampung pembelian barangan berkaitan ๐ฐ
๐น Sumbangan barangan boleh dibawa terus ke fakulti bermula Ahad, 24 Ogos 2025, manakala sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Pn. Akma bt. Mamat (Rujukan: Lestari FIK).
Semoga usaha kita bersama menjadi amal jariah dan menyumbang kepada kelestarian FIK dan UniSZA.
๐ด Makanan tengahari disediakan untuk semua staf yang hadir pada hari gotong royong.
Mari kita turun beramai-ramai demi kelestarian fakulti dan universiti tercinta! ๐ฟ




