Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Informatik) secara rasminya telah diluluskan penubuhannya pada Jun 2006 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Fakulti ini ditubuhkan dengan menaiktaraf Pusat Teknologi Maklumat, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pusat Teknologi Maklumat ini ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1997.
Kini, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)diterajui oleh seorang Dekan dengan dibantu oleh tiga orang Timbalan Dekan dan tiga orang Ketua Pusat Pengajian. Terdapat tiga pusat pengajian di Fakulti Informatik yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Multimedia.
Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) menawarkan enam program pengajian berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) :
a. | Peringkat PhD dan Sarjana |
|
i. Doktor Falsafah ii. Sarjana Sains Komputer |
b. | Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian |
|
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran dan Internet) Dengan Kepujian
|
c. | Peringkat Diploma |
i. Diploma Teknologi Maklumat (Rujukan : JPA(L) S. 130/2/1(8) bertarikh 22 Ogos 1996 dan mendapat pengiktirafan akreditasi di bawah Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) bernombor 10366) |
|
ii. Diploma Teknologi Maklumat [Multimedia] (Rujukan : JPA(L) S. 180/8/1-96 (32) bertarikh 20 Mac 2006 dan mendapat pengiktirafan akreditasi di bawah Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) bernombor 10368) |
Aktiviti teras fakulti terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat. Fakulti mempunyai seramai 44 orang pensyarah, tiga orang tutor/felo, seorang pengajar dan sembilan orang kakitangan sokongan.