Msc Malaysia – Ihl Business Plan Competition 2008/09

Msc Malaysia – Ihl Business Plan Competition 2008/09

UDM di tempat ke-3

Pada 19 dan 20 Februari 2009, pasukan UDM terdiri daripada 3 orang pensyarah Fakulti Informatik (Suhailan, Ahmad Nazari dan Mat Atar) dan seorang penolong bendahari (Syed Mohd Al-Shukri) telah berjaya memasuki peringkat akhir dan memenangai tempat ketiga dalam pertandingan MSC IHL Business Plan 2008/2009 anjuran MDeC. Daripada 43 instituisi pengajian tinggi tempatan, hanya 10 sahaja yang layak ke pertandingan akhir tersebut yang diadakan di MSC Innovation Center, Cyberjaya. Antara universiti yang berjaya ke peringkat akhir ialah UTP, USM, UDM, UTM, UIA, UPM, UniMAS, UUM, UMP dan UTeM.

Pasukan UDM yang membawa projek iqra’ online telah berjaya memenangi tempat ke-3 pada pertandingan tersebut. Tempat pertama dimenangi oleh Univ. Teknologi Petronas dengan projek HTTF Solutions, manakala tempat kedua dimenangi oleh Univ. Sains Malaysia dengan projek Virtual Paper. Majlis penyampaian hadiah telah dijalankan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Y. Bhg Dato’ Badlisham Ghazali, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Hj. Fadillah Hj Yusof dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Ir Hj Idris Hj Haron.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin