Sarjana Sains Komputer

Sarjana Sains Komputer / Master in Computer Science

Program Sarjana Sains Komputer yang dicadangkan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai pengkhususan yang spesifik di dalam bidang sains komputer. Bidang penyelidikan yang ditumpukan adalah merangkumi semua cabang terkini di dalam pembangunan/inovasi sains dan teknologi komputer. Siswazah dari program ini mampu untuk menyumbang kepada keperluan sumber kepakaran di dalam penyelidikan, inovasi dan pembangunan industri ICT negara.

Bidang penyelidikan adalah seperti berikut :

  • Kejuruteraan perisian / Software engineering
  • Pangkalan Data / Database
  • Komputeraan selari / Parallel computing
  • Komputeran teragih /  Distributed computing
  • Pengurusan pengetahuan / Knowledge management
  • Capaian maklumat multimedia / Multimedia information retrieval
  • Rangkaian komputer / Computer networking
  • Keselamatan computer / Computer security

Mod dan Jangkamasa Pengajian

Sepenuh masa 18 - 36 bulan
Separuh masa 24 - 48 bulan

Yuran Pengajian

Sepenuh masa RM1275/Semester
Separuh masa RM1175/Semester

* ASRAMA RM607.50/Semester

Struktur Kursus :

1) Pelajar perlu mengambil satu kursus audit sebagai persediaan menjalankan kerja-kerja penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Kursus ini perlu diambil di awal semester pertama pengajian pelajar. Kursus tersebut adalah TPF5XX0 [Kaedah Penyelidikan Untuk Sains Komputer].

2) Tesis.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 05/05/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin