Majlis Anugerah Dekan FIK dan Program Mentor Mentee 2013

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa FIK berbesar hati telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan (MAD 2013) yang pertama kalinya diadakan di kampus baru UniSZA iaitu kampus Tembila, Besut. Majlis ini berlangsung pada 21 November 2013 jam 10.30 pagi.

Majlis berlangsung secara sederhana dan Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman, Dekan FIK berucap mengharapkan semua pelajar di bawah FIK bekerjakeras bukan sahaja berjaya mencapai kejayaan dalam akademik malah juga sahsiah diri dan akhlak yang baik. Begitu juga kepada kakitangan akademik warga FIK agar tidak luntur dan sedia berkhidmat dengan cemerlang, ikhlas dalam mendidik sekaligus dapat meningkatkan mutu kerja yang lebih baik selepas ini dengan peningkatan kejayaan pelajar-pelajar FIK dalam MAD2013.

FIK mengucapkan jutaan tahniah kepada TAN ZHENG XUN dari program Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisisan) dinobatkan menjadi Pelajar Terbaik Fakulti dengan mata  PNGS 4.00, WAH TIZA A/P UDA pula dari Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisisan) yang merupakan Pelajar Terbaik program tersebut dengan PNGS 3.93, NURUL FASIHAH BINTI CHE AZMI, terbaik bagi program Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan PNGS 3.72, SITI DIANA ZULAIKHA BINTI ROSMAN dari program Diploma Teknologi Maklumat dengan PNGS 3.95 dan AMIRA NORASYIKIN BINTI ROZALI dari program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) dengan PNGS 3.97.

Semoga kejayaan mereka ini semua menyuntik semangat baru kepada pelajar-pelajar lain untuk sama-sama mengejar kejayaan sekaligus mengharumkan nama Fakulti.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin