Latar Belakang Fakulti Informatik dan Komputeran

 

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Informatik) secara rasminya telah diluluskan penubuhannya pada Jun 2006 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Fakulti ini ditubuhkan dengan menaiktaraf Pusat Teknologi Maklumat, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pusat Teknologi Maklumat ini ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1997.

Kini, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)diterajui oleh seorang Dekan dengan dibantu oleh tiga orang Timbalan Dekan dan tiga orang Ketua Pusat Pengajian.  Terdapat tiga pusat pengajian  di Fakulti Informatik yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Multimedia.

 

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) menawarkan enam program pengajian berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) : 

a. Peringkat PhD dan Sarjana

i. Doktor Falsafah

ii. Sarjana Sains Komputer

b. Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian
(Pengiktirafan akreditasi di bawah Daftar Kelayakan Malaysia [MQA] bernombor 11180)

ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian
(Pengiktirafan akreditasi di bawah Daftar Kelayakan Malaysia [MQA/PA] bernombor 0516)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran dan Internet) Dengan Kepujian

 

c. Peringkat Diploma
  i. Diploma Teknologi Maklumat
(Rujukan : JPA(L) S. 130/2/1(8) bertarikh 22 Ogos 1996 dan mendapat pengiktirafan akreditasi di bawah Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) bernombor 10366)
  ii. Diploma Teknologi Maklumat [Multimedia]
(Rujukan : JPA(L) S. 180/8/1-96 (32) bertarikh 20 Mac 2006 dan mendapat pengiktirafan akreditasi di bawah Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) bernombor 10368)

Aktiviti teras fakulti terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat. Fakulti mempunyai seramai 44 orang  pensyarah, tiga orang  tutor/felo, seorang pengajar dan sembilan orang kakitangan sokongan.

Sehingga 2013, seramai lebih daripada 425 orang graduan telah dilahirkan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran yang terdiri 216 graduan daripada Diploma Teknologi Maklumat, 113 graduan daripada Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) dan 96 graduan daripada Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian.
 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin