Bengkel Pelan Tindakan 2019

Rabu, 31 Januari 2019 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan satu Bengkel Pelan Tindakan FIK 2019 yang telah berlangsung selama setengah hari bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Seminar FIK, UniSZA Kampus Besut.

         

          Bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah menetapkan bahawa setiap universiti awam (UA) perlu mencapai kriteria-kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Selain itu, UniSZA juga telah menetapkan bahawa setiap fakulti perlu mencapai sasaran KPI fakulti khususnya dan bagi membantu mencapai KPI Universiti amnya. Demi merealisasikan hasrat tersebut, Mesyuarat Pengurusan FIK Bil.1/2019, bertarikh 6 Januari 2019 telah bersetuju untuk mengadakan Bengkel Pelan Tindakan FIK 2019 ini sebagai persediaan mencapai Pelan Strategik UniSZA 2019 – 2025.

         

          Dalam ucapan pembukaannya, Prof.Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Dekan FIK telah menyarankan agar semua staf akademik bertindak dengan lebih berfokus bagi mencapai setiap sasaran. Setiap staf di fakulti memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk berkhidmat kepada pelanggan utama (pelajar) bahkan juga kepada masyarakat umum dan negara secara keseluruhannya.

 

          Menurut Dekan FIK lagi, agenda utama bengkel kali ini adalah bagi mengumpulkan para ahli akademik untuk bersama-sama memberi pendapat dan memperhalusi takwim aktiviti fakulti bagi tahun 2019. Antara agenda lain yang dibincangkan sepanjang bengkel berlangsung adalah membincangkan hal-hal akademik khusus bagi mencapai Pelan Tindakan Akademik 2019. Selain membincangkan hal penyelidikan di fakulti serta menyiapkan Pelan Tindakan Penyelidikan, kategori lain yang dibincangkan adalah Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Jaringan Industri, Penjanaan Hasil Fakulti, Aktiviti Bersama Komuniti Setempat, Pengantarabangsaan (MOU Dan MOA), dan Kebajikan Sosial yang menyokong kepada aktiviti kebajikan dan sosial staf. Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang staf akademik dan dibantu oleh 2 orang urusetia yang terdiri daripada staf sokongan. Pembentangan setiap kumpulan yang dianggotai oleh 6 dan 7 orang staf akademik telah dilakukan berdasarkan tajuk dan kumpulan yang telah diagihkan. Pengisian takwim fakulti bagi tahun 2019 telah selesai dilakukan selepas pembentangan setiap kumpulan yang telah bekerjasama merancang segala pengisian mengikut kategori.

 

            Di akhir bengkel, Dekan turut membentangkan resolusi bengkel Pelan Tindakan FIK yang telah dipersetujui sepanjang bengkel ini dijalankan untuk sepanjang tahun 2019. “Diharapkan setiap objektif dan aktiviti akademik fakulti dapat dicapai melalui perancangan dan output yang terhasil daripada bengkel ini,” katanya ketika majlis penutup bengkel tersebut.

 

Bengkel Pelan Tindakan 2019 WS

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin