Skim Geran Penyeilidikan Fundamental (FRGS) merupakan salah satu skim geran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan terbuka kepada semua kakitangan akademik IPTA dan IPTS yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Setiap permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) mesti melalui permohonan atas talian MyGrants. Greater Research Network System (MyGrants) adalah portal penyelidikan Malaysia, ia merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyediakan sistem pengurusan geran-geran penyelidikan KPM secara atas talian serta pencarian maklumat penyelidikan fundamental melalui portal MyGrants.
Oleh yang demikian, Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Pemurnian Geran FRGS 2019 untuk semua staf akademik bertempat di Bilik Seminar FIK, UniSZA Kampus Besut. Bengkel satu hari ini adalah usaha fakulti untuk membantu pensyarah yang berminat untuk memohon Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan menyediakan kertas cadangan bagi tujuan tersebut. Bengkel ini dimulakan dengan taklimat dan panduan mengisi borang MyGrants secara atas talian (online). Manakala pada sebelah petang adalah sesi soal jawab dan presentation kertas cadangan oleh setiap pemohon geran diadakan. Selain itu, turut diselitkan juga tips-tips membuat proposal yang baik untuk permohonan FRSG dan telah disampaikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan), Prof. Madya Dr. Mohamad Afendee Mohamed dan Prof. Madya Dr. Mokhairi Makhtar, Pensyarah FIK. Panel jemputan juga turut berkongsi dengan peserta mengikut format coaching secara hands on. Panel-panel yang dipilih adalah dikalangan pensyarah FIK yang telah berjaya mendapatkan geran ini.
Di akhir bengkel, empat kertas cadangan penyelidikan yang telah disediakan bagi tujuan permohonan geran penyelidikan dengan agensi awam dan antarabangsa yang berkaitan. Diharapkan dengan adanya Bengkel Penulisan & Pemurnian Geran FRSG ini dapat menggalakkan para pensyarah FIK untuk memohon geran FRGS dan seterusnya berjaya mendapatkan geran tersebut.