Program Java Siri 1 (Hello Java) ini adalah program yang dijalankan selama sehari pada 2 Mac 2019 bertempat di Makmal Teknologi Maklumat 1, UniSZA Kampus Besut. Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Antara objektif utama program ialah memperkasakan asas-asas pengetahuan bahasa pengaturcaraan Java dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, menyedarkan mahasiswa/i akan kepentingan bahasa pengaturcaraan dalam bidang sains komputer. Seramai 22 pelajar yang menyertai program ini. Bengkel ini disampaikan oleh saudara Luqman Al-Hakim Bin Azhar dan saudara Mohd Zulhimi Bin Sofi yang merupakan pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran.
Terdapat 3 slot yang ada di dalam program ini. Slot 1 (Introduction to Java) bermula pada jam 0830 hingga 1000, menekankan maksud setiap perkataan yang digunakan di dalam java. Slot 2 (Basic Java) bermula pada jam 1030 hingga 1200, menekankan fungsi-fungsi setiap arahan java dan membina satu program basic dengan menggunakan java. Slot 3 (Advanced Java) bermula pada jam 1400 hingga 1530 menekankan kepada fungsi-fungsi yang lebih mendalam dan pertandingan kecil untuk peserta diadakan. Setiap peserta perlu menghasilkan satu program (advanced program) yang merangkumi setiap subtopik yang ada pada program java siri 1 itu. Pemenang akan dipilih oleh penceramah dengan menilai setiap aspek-aspek yang perlu ada dalam sesebuah program (advanced program). Sebagai rumusan, program Java Siri 1 (Hello Java) ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya.