Program E-SPORT GAME adalah merupakan program pertandingan permainan video game di bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran yang dijalankan selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Mac 2019 (Isnin dan Selasa), bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari isnin dan pada hari selasa bermula pada pukul 9.00 malam hingga pukul 11.30 malam . Kedua-dua pertandingan ini diadakan di kelas D1-0-06, D1-0-07 dan Dewan Pelajar Asrama. Antara objektif utama program adalah untuk mewujudkan ataupun mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan yang baik antara mahasiswa.
Antara pertandingan permainan video game yang telah disediakan adalah seperti Mobile Legend dan FIFA 2019. Pertandingan Mobile Legend dan FIFA 2019 diasingkan mengikut kelas yang telah ditetapkan seperti Mobile Legend di kelas D1-0-07 dan FIFA 2019 bertempat di kelas D1-0-06. Antara peralatan yang digunakan adalah empat biji komputer dan digunakan untuk pertandingan Fifa 2019. Untuk game Mobile legend peserta hanya menggunakan telefon bimbit dan menggunakan data sendiri untuk bertanding.
Jumlah penyertaan untuk kedua-dua pertandingan ini seramai 54 orang peserta. Pertandingan Mobile Legend terdiri daripada 30 orang peserta dan dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana 1 kumpulan terdiri daripada 6 orang peserta. Pertandingan FIFA 2019 terdiri daripada 24 orang peserta dan dibahagikan kepada kepada 8 kumpulan dimana 1 kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta. Pada hari pertama program, kedua-dua pertandingan bertanding di peringkat kumpulan yang bertempat di kelas D1-0-06 dan D1-0-07. Pada hari kedua hanya beberapa kumpulan yang layak sahaja bertanding diperingkat akhir yang bertempat di Dewan Pelajar Asrama. Yuran yang dikenakan oleh setiap kumpulan sebanyak Rm 15.00 satu kumpulan. Penyampaian cenderahati dioberikan oleh pengarah program pada malam selasa kepada setiap pemenang untuk kedua-dua pertandingan.
Sebagai rumusan, program E-SPORT GAME ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi serta ia mendapat sambutan yang baik oleh peserta.