KEM MUHIBBAH 3 HARI 2 MALAM BERSAMA PELAJAR DIPLOMA

Fakulti Informatik dan Komputeran telah mengadakan Program Kem Muhibbah yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 11 Julai 2019 sehingga 13 Julai 2019 bertempat di Foyer, Fakulti Informatik dan Komputeran.
Kem Muhibbah FIK yang julung kali diadakan ini telah melibatkan sejumlah besar pelajar seramai 190 orang pelajar program diploma semester 1 dan 4 daripada Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Teknologi Maklumat Multimedia.
Kem  ini telah turut sama disertai oleh dekan fakulti sendiri sebagai salah seorang fasilitator yang turut dibantu oleh fasilitator tambahan yang terdiri daripada kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran Fakulti Informatik dan Komputeran.

Antara tujuan utama pihak fakulti mengadakan kem sebegini adalah untuk meningkatkan “soft – skills” (kemahiran insaniah) dalam kalangan mereka sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri dalam pergaulan. Selain itu kem ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kekeluargaan dalam kalangan pelajar.

Pihak fakulti juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setingginya penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Kem Muhibbah FIK ini.

kem muhibbah

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin