FIK TERIMA “STUDENTS EXCHANGE”

14 Julai 2019 – Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK) telah menerima  seramai 14 orang pelajar Ijazah dari dua buah Universitas terkenal di Indonesia iaitu Universitas Pembangunan Nasional “Veteran” Jakarta (UPNVJ), Indonesia dan Universitas Sriwijaya (UNSRI), sempena Program Mobiliti Berkredit. Program pertukaran pelajar ini dijalankan selama sebulan bermula 14 Julai sehingga 8 Ogos 2019.

Selain daripada menerima kedatangan pelajar yang terlibat dengan program tersebut, pihak fakulti juga turut menerima kunjungan Dekan daripada Universitas Sriwijaya dan pensyarah daripada UPNVJ bagi menghantar dan mengiring pelajar mereka ke sini. Pihak pengurusan fakulti telah menyambut baik kedatangan pelajar dari dua buah universiti tersebut.

Dikesempatan ini, pihak pengurusan fakulti ingin mengucapkan selamat datang kepada para pelajar daripada dua buah universitas tersebut dan  tahniah kepada semua yang telah terpilih untuk mengikuti Program Mobiliti Berkredit ke Fakulti Informatik dan Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut ini.

mobiliti

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin