LAWATAN PELAJAR UNIVERSITAS BENGKULU, INDONESIA

25 Julai 2019 (Khamis) – Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK) telah menerima seramai 9 orang pelajar dari Universitas Bengkulu, Indonesia yang telah diiringi oleh 10 orang “buddies” yang merupakan pelajar daripada Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA Kampus Gong Badak sempena program Mobiliti Inbound yang telah bermula pada 21 Julai 2019 sehingga 16 Ogos 2019.

Sejurus ketibaan, mereka telah disambut baik oleh warga fakulti dan satu sesi taklimat ringkas mengenai Fakulti Informatik dan Komputeran telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Afendee Bin Mohamed selaku Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan FIK.

Seusai sesi taklimat, para pelajar telah dibawa melawat ke sekitar makmal-makmal fakulti dan juga dibawa melawat ke unit pentadbiran UniSZA Digital Hub yang terkenal dengan mempunyai kemudahan dan fasiliti “Co-Working Space”. 
Dikesempatan ini, pihak pengurusan fakulti mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada para Mahasiwa daripada Universitas Bengkulu kerana sudi berkunjung ke Fakulti Informatik dan Komputeran. Selamat menjalani program Mobiliti Inbound diucapkan kepada semua yang terlibat.

66777553 2594125580814323 6385039961535545344 n

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin